Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail atau nama ringkasnya SMK Tun Syed Nasir Ismail, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Johor. Sekolah ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Tingkatan 3,4 dan 5 memulakan hari persekolahan mereka pada sesi pagi manakala tingkatan 1 dan 2 pula pada sesi petang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail
Lokasi
JLN BUNGA RAYA KECIL, KG DATO SULAIMAN MENTERI,, 81100 Johor Bahru, Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6073334329
Kod sekolahJEA1003
Pengerusi PIBGENCIK IBRAHIM BIN MD YUSOFF
PengetuaENCIK ADNAN BIN SHAMSUDIN
GPK Pentadbiran dan AkademikENCIK MOHD FUZA BIN ROSMAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN ROZLINDA BINTI ABDULLAH
Penolong Kanan KokurikulumPN HAIRIAH BINTI NADZAR
Faks6073345245


Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru (1970 - 2006) sunting

SMK Tun Syed Nasir Ismail dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru. Nama SMK Majidi Baru diambil sempena seorang pegawai pemerintah tentera British yang bertugas di Johor Bahru, iaitu Sir Majedee. Ia ditubuhkan pada tahun 1970. Oleh kerana bangunan kelas belum siap sempurna, maka pelajar-pelajar telah ditumpangkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Molek Johor Bahru.

Lambang, Bendera dan Cogankata sekolah “Berilmu, Berbahasa, Berjasa” telah direka oleh En. Mohd Salleh Bin Mohamed.

Lagu sekolah yang bertajuk “Berilmu, Berbahasa, Berjasa” pula diilhamkan oleh En. Ahmad Bin Ishamto Musa 

Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru telah dibuka secara rasminya pada tahun 1981 dan telah dirasmikan oleh Y.B. Dato Musa Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia.SMK. Pada tahun 1990, projek pembinaan dua blok bangunan tiga tingkat mula dijalankan. Surau Ar-Rahman yang dibina dengan lebih besar dan selesa di rasmikan oleh YB Tuan Hj Mohd Ali Bin Hassan. Blok Budi dan Blok Bahasa telah dirasmikan oleh YB Dato' Syed Hamid Albar b. Syed Jaafar Albar dengan jayanya pada tahun 1994.


Pembinaan surau baharu SMK Majidi Baru telah diilhamkan oleh bekas pengetua SMK Majidi Baru yang ke-8 iaitu Tn Hj Shamsudin Bin Hj Ali pada tahun 1997. Surau yang mempunyai keluasan 70 kaki x 56 kaki terletak bersebelahan bangunan PGR. Keluasan ini boleh menampung kira-kira 800 pelajar dalam satu masa. Pada awal tahun 2000, kerja baik pulih sekolah telah dijalankan. Pagar-pagar dawai di sekolah telah digantikan dengan tembok batu. Bilik khas pengawal keselamatan sekolah telah didirikan berhampiran dengan pintu pagar utama sekolah. Bangunan sekolah juga diberi wajah baru. Longkang di sekeliling kawasan sekolah diperbesarkan. Pada tahun 2003, keadaan kantin di blok Ilmu dan Jasa telah diperbaiki. Lantai-lantai dipasang dengan jubin, kerusi yang diperbuat daripada batu dibina, kipas dan lampu dipasang, serta siling yang lama diganti dengan siling yang baru. Tangga untuk laluan telah dibina berhampiran dengan koperasi sekolah untuk memudahkan pelajar untuk pergi ke surau. Dewan sekolah dan makmal komputer telah dibina pada tahun 2004. Dewan sekolah mula digunakan untuk majlis-majlis dan aktiviti sekolah pada bulan April 2005.

Sekolah Menengah Kebangsan Tun Syed Nasir Ismail (2007 - Kini) sunting

Bermula tahun 2007, nama SMK Majidi Baru telah ditukar kepada SMK Tun Syed Nasir Ismail. Nama baharu ini telah diambil bersempena nama seorang tokoh kebangsaan negara iaitu Tun Syed Nasir Bin Syed Ismail. Perasmian nama sekolah yang baharu telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Hj. Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor pada tanggal 23 Jun 2007.


“Berilmu, Berakhlak, Bertaqwa”

Warna Kuning: Melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara.

Warna Biru: Melambangkan keamanan dan kesejahteraan pelbagai kaum dan agama

Warna Hijau: Melambangkan pembentukan insan berakhlak mulia berlandaskan Islam

Warna Merah: Melambangkan semangat dan keberanian dalam menghadapi cabaran

Proud To Be Us! Sekolah Hebat!

Lagu Sekolah sunting

Pengetua- pengetua SMK Tun Syed Nasir Ismail sunting

Pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. En. Omar Bin Hassan (1970 - 1979)
  2. En. Yusuf Bin Ramlan (1979 - 1984)
  3. Hj. Isnin Bin Hj. Aini (1984 - 1986)
  4. En. Wan Mohd Kassim Bin Wan Abu Bakar (1987 - 1988)
  5. Tn. Hj. Zainal Bin Nong (1989 - 1993)
  6. Pn. Hjh. Aishah Idris (1993 - 1994)
  7. Pn. Hjh. Hariah Muhi (1995)
  8. Hj. Shamsuddin Bin Hj. Ali (1995 - 1997)
  9. Pn. Zakiyah Bt. Idris (1997 - 2000)
  10. Pn. Hjh Nor Bayah A. Latif (2000 - 2004)
  11. Tn. Hj Kasim Bin Sudin (2004 - 2006)
  12. Pn. Hjh Minati Bt. Hamir (2006 - 2012)
  13. Pn. Hj Khataton Binti Taib (2012 - 2014)
  14. Tn. Hj Yusoff Bin Adam (2014 - 2018)
  15. En. Abdul Razak Bin Abdul Karim (2018 - 2019)
  16. En. Mohd Hanafi Bin Samad (2019 - 2020)
  17. En. Hamizi Bin Osman (2020 - 2022)

18. En. Adnan Bin Shamsudin (2023 - kini)

Alamat sunting

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL
JLN BUNGA RAYA KECIL,
KG DATO' SULAIMAN MENTERI,
81100 JOHOR BAHRU JOHOR
Malaysia

Rujukan sunting


Website : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smktsni sunting