Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan atau nama ringkasnya SMPKV Kuantan merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan khas untuk murid murid berkeperluan khas dari aspek Masalah Pendengaran dan Masalah Pembelajaran.

Pada tahun 2014, SMPKV Kuantan mempunyai seramai 137 orang murid lelaki dan 67 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 194 orang. Manakala seramai 12 orang guru lelaki dan 56 orang guru perempuan telah berganding bahu untuk menerajui sekolah ini.

Sejarah sunting

SMPKV Kuantan mula dibina pada tahun 2009 di atas tanah berkeluasan 23 ekar. Sekolah ini merupakan Sekolah Menengah Bahagian Pendidikan Khas yang ketiga ditubuhkan dan disenaraikan di bawah pengurusan Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia adalah hasil daripada persefahaman dan kerja erat antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), KPM , Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan. Pembinaannya siap pada tahun 2011 dan penyerahan kepada BP Khas, KPM dilakukan ada bulan Jun 2012. Bidang keberhasilan utama sekolah ini adalah pertanian dan penternakan di samping bidang- bidang lain.


Pembukaan SMPKV Kuantan bertujuan untuk menjana dan membuka peluang yang lebih luas kepada murid berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan dan latihan khusus dalam bidang vokasional dan kemahiran. SMPKV Kuantan mula beroperasi pada 16 Julai 2012 dengan pengambilan pertama murid seramai 31 orang yang terdiri daripada murid Masalah Pembelajaran. Empat kursus ditawarkan iaitu Pekerja Ladang Ruminan (PLR), Pekerja Ladang Poltri (PLP), Juruteknik Rendah Akuakultur (JRA) dan Pembantu Penyedia Roti (PPR). Seramai 25 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, lapan orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), lapan orang pekerja pembersih kawasan dan lapan orang pengawal keselamatan diambil pada awal tahun 2012. Sehingga penghujung 2013, jumlah murid ialah seramai 116 orang.


Mulai Januari 2013, pengambilan penuh untuk murid bekeperluan khas telah dibuka untuk 10 kursus (9 kursus Masalah Pembelajaran dan 1 kursus Masalah Pendengaran). Kursus tersebut adalah seperti Hospitaliti (Penyediaan dan Pembuatan Makanan, Pembuatan Roti, Pembuatan Pastri), Cenderahati dan Industri Kecil (Operasi Pengeluaran Batik), Penternakan (Pekerja Ladang Ruminan, Pekerja Ladang Ternakan Poltri, Operator Akuakultur) dan Pertanian (Pekerja Am Tanaman, Atendan Landskap, Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan).

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Pendidikan Vokasional Kuantan, Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing, 25200, Kuantan, Pahang Darul Makmur Tel: 09-5474049 Faks: 09-5474051 Emel: smpkvk@gmail.com

Pautan Luar sunting