Sekolah Menengah Teknik Kuantan

Sekolah Menengah Teknik Kuantan atau nama ringkasnya SM Teknik Kuantan, merupakan sebuah Sekolah menengah teknik yang terletak di Jalan Tengku Muhamad, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Sekolah Menengah Teknik Kuantan
Lokasi
Jalan Tengku Muhamad, 25050, Kuantan,, [Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095601442
Kod sekolahCKE4037
Faks6095662420



Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Kuantan memiliki 158 pelajar lelaki dan 127 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 285 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru.2009


Sejarah sunting

Sekolah Menengah Teknik Kuantan ditubuhkan pada tahun 1966 dan lebih dikenali sebagai Technical Institute of Kuantan (TI).

TI Kuantan merupakan antara tiga Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang terawal ditubuhkan. Bermula dengan aliran Inggeris dan kemudiannya menggunakan dua aliran bahasa dan seterusnya ditukar ke aliran Melayu sehingga sekarang, selaras dengan dasar pendidikan Negara.

TI Kuantan adalah sekolah yang hanya mengambil pelajar lepasan LCE dan SRP yang mempunyai keputusan sederhana cemerlang dan mempunyai minat di dalam aliran Teknikal dan Sains. Semua subjek yang diajar adalah melibatkan bidang Mekanikal, Elektrikal, Awam dan Ukur Tanah. Namun begitu, kini berbagai subjek tambahan telah dimasukkan seperti Perdagangan, Prisip Akaun dan Sains.

TI Kuantan telah melahir ramai tokoh-tokoh yang ternama termasuklah Perdana Menteri Malaysia ke-9, Duta, Menteri, Timbalan Menteri, Wakil-Wakil Rakyat, Ahli-Ahli Koperat, Para Professional bukan sahaja dalam bidang kejuruteraan bahkan juga dalam semua bidang-bidang lain termasuk doktor perubatan.

Pencapaian sunting

Pencapaian terbaik SMT Kuantan dalam akademik adalah pada tahun 1996 di mana Sekolah Menengah Teknik Kuantan mencatatkan keputusan 100 peratus dalam pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia. Pencapaian tersebut juga merupakan pencapaian terbaik dikalangan sekolah teknik di Malaysia.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Teknik Kuantan
Jalan Tengku Muhamad
25150, Kuantan
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095601442
Fax = 6095662420

Pautan luar sunting