Senario-senario dalam Fate/stay night

Fate, Unlimited Blade Works dan Heaven's Feel adalah tiga buah plot senario yang terdapat dalam novel visual TYPE-MOON berjudul Fate/stay night. Keputusan yang dibuat oleh para pemain sepanjang permainannya akan menentukan senario yang berlangsung.

Plot bagi siri anime televisyen Fate/stay night merupakan gabungan ketiga-tiga senario tersebut dan dibincangkan di hujung rencana ini.

Fate sunting

 
Illyasviel von Einzbern dan Berserker

Shirō Emiya diserang oleh Lancer di sekolahnya setelah menyaksikan pertarungan di antara Lancer dan Archer. Lancer menyerang Shirō berlandaskan peraturan Peperangan Holy Grail iaitu tidak membenarkan sebarang saksi yang menyedari akan kewujudannya. Shirō yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dibangkitkan semula oleh Rin Tohsaka (yang merupakan Master kepada Archer) setelah menggunakan permatanya yang paling berkuasa (yang merupakan tanda peringatan oleh ayahnya). Rin meninggalkan Shirō sebelum dirinya bangkit. Shirō kemudiannya pulang ke rumah dan mendapati bahawa Lancer mencarinya semula di sana untuk membunuhnya sekali lagi. Lancer mendapat tahu bahawa Shirō memiliki kuasa sihir dalam dirinya dan dia mungkin merupakan Master ke-7.

Pada waktu yang sama Rin menyedari bahawa Lancer mungkin memburu Shirō semula kerana dia belum lagi dibunuh, lalu terus bergegas bersama-sama Archer ke rumah Shirō untuk menyelamatkannya. Akan tetapi, Shirō telahpun menyeru Saber (meskipun tidak lengkap) yang telah memaksa Lancer mengundur diri. Saber kemudiannya pula terus menyerang Archer dan Rin yang berada diluar kediaman Shirō pada waktu itu. Archer tercedera parah akibat serangan Saber. Archer dilihat tidak mampu menahan serangan Saber (meskipun Rin berpendapat bahawa Archer mengenali Saber dari zaman silamnya). Saber kemudiannya terus menghalakan pedangnya ke Rin namun serangannya dihentikan oleh Shirō yang masih tidak memahami keadaan yang berlaku disekelilingnya. Rin menawarkan Shirō bantuan dengan membawanya ke sebuah gereja di mana dia boleh mempelajari sedikit sebanyak tentang Peperangan Holy Grail yang telahpun bermula, sebagai balasan menyelamatkan nyawanya.

 
Saber dicederakan dengan parah oleh Berserker

Dalam perjalanan pulang daripada gereja tersebut, mereka diserang oleh Illyasviel von Einzbern dan Servant miliknya iaitu Berserker. Saber tercedera dalam pertarungan ini namun Shirō menyelamatkan nyawa Servantnya dengan melindungi Saber daripada serangan maut Berserker. Illya yang hilang minat ke atas perlawanan tersebut meninggalkan mereka. Shirō terjaga dan mendapati dirinya telah sembuh dan Rin yang berada di sampingnya sewaktu dia tidak menyedarkan diri.

Shirō dan Rin bersetuju untuk berpakat demi melindungi diri mereka daripada ancaman Berserker yang terbukti menggugat nyawa mereka. Sebab-sebab disebalik pakatan ini adalah jelas - kedua-dua Servant mereka berada di bawah tahap optimum; disebabkan penyeruannya yang tidak lengkap, Saber tidak mampu menggunakan kuasa penuhnya; begitu juga dengan Archer yang masih berehat dan menyembuhkan kecederaan yang diterimanya daripada serangan Saber. Sepanjang pakatan ini berlangsung, mereka mengenalpasti suatu sihir yang telah diletakkan di sekolah mereka; sihir yang mampu menyerap tenaga kehidupan sesiapa yang berada di dalam lingkungan magiknya.

Dalam proses menyiasat sihir dan mengumpul maklumat daripada Master dan Servant yang lain, Shirō mendapati bahawa rakan lamanya, iaitu Shinji Matō, ialah Master kepada Servant Rider. Nenek-moyang Shinji merupakan ahli sihir, dan, meskipun kuasa di dalam darah keluarganya telah ditelan zaman, Shinji tetap mampu menyeru Rider. Shinji mengatakan bahawa dia tidak berminat untuk menentang Shirō, sebaliknya memberitahu rakan sekolahnya itu bahawa seorang Servant lain sedang menduduki kawasan di Kuil Ryūdō.

Meskipun Shirō tidak merasakan sebarang kepentingan untuknya menentang Servant yang menduduki Kuil Ryūdō, Saber tidak bersetuju lalu melanggar arahan Masternya. Namun Servant Assassin telah menunggu Saber di hadapan kuil tersebut, justeru mereka bertempur. Namun, sebaik sahaja kedua-dua belah pihak menyediakan serangan istimewa mereka, Shirō muncul di kuil tersebut, menghalang kedua-dua Servant tersebut daripada meneruskan perlawanan mereka. Assassin juga mengatakan bahawa dia dapat merasakan kehadiran musuh ketiga yang sedang menyembunyi disebalik semak-samun, menunggu saat di mana Saber mendedahkan Noble Phantasm miliknya, justeru mendedahkan identiti dan kelemahannya sama sekali.

Kemudian, Shirō mendapati bahawa Master yang meletakkan sihir di sekolahnya itu adalah Shinji sendiri. Pendedahan ini telah memaksa sebuah konfrontasi di antara mereka. Pada waktu ini, Shirō sudahpun mula mahir dalam sihir pengukuhan dan kombat jarak dekat, terbukti sama sekali apabila sihir yang digunakan Shinji ke atas Shirō tidak berkesan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Shirō bersedia untuk menewaskan musuhnya, Rider mencelah lalu menghumban Shirō menerusi sebuah tingkap berdekatan. Shirō yang sedang jatuh menuju ke lantai bawah, menggunakan Mantra Perintahnya untuk menyeru Saber untuk menyelamatkan dirinya. Saber kemudiannya terus memburu Rider, yang telah cuba menggunakan Noble Phantasmnya untuk mengundurkan diri. Mereka akhirnya bertempur semula di atas sebuah bangunan pencakar langit. Rider menyerang Saber sambil menunggang Pegasus, memaksa Saber untuk mendedahkan Noble Phantasmnya sendiri, iaitu Excalibur. Dengan menggunakan Excalibur, Saber dengan mudah menumpaskan Rider dengan satu serangan maut. Shinji yang melarikan diri daripada bangunan tersebut terserempak dengan Illya, yang telah mengarahkan Berserker untuk membunuhnya.

Setelah berlalunya kejadian ini, Shirō mula melihat mimpi-mimpi yang aneh setiap pagi; yang pertama menunjukkannya kehidupan silam Saber yang memainkan peranannya sebagai Arturia, seorang raja keseorangan yang mengabdikan jiwa dan raganya untuk bertarung demi negaranya. Mimpi yang kedua memperlihatkan dirinya sendiri, yang diselamatkan oleh ayah angkatnya, Kiritsugu Emiya, dalam sebuah api yang marak. Memori-memori Shirō terhadap ayahnya memberinya keyakinan diri untuk menjadi seorang perwira, seseorang yang mampu menyelamatkan orang lain sepertimana yang dilakukan oleh ayahnya; justeru, dia menyedari bahawa dirinya dan Saber mempunyai persamaaan yang melangkaui jangkaannya.

 
Shirō dan Saber memegang Caliburn

Selepas berlalunya suatu jangka masa yang singkat, Shirō menemui seorang lagi Master iaitu Illyasviel von Einzbern, dan telah cuba untuk mengenalinya, sebaliknya dia diculik dan dibawa ke istananya; mujurlah Saber, Rin dan Archer telah bergegas untuk menyelamatkannya. Dalam proses ini, Berserker dan Illya bersemuka dengan mereka; Archer berputus untuk menentang Illya dan Servantnya sambil membenarkan Rin, Shirō dan Saber untuk melarikan diri (yang telah menyebabkan dirinya terbunuh, meskipun berjaya membunuh gergasi itu beberapa kali). Pada waktu ini, Saber, Shirō dan Rin menemui sebuah pondok usang, di mana (di atas paksaan Rin) Shirō dan Saber melakukan persetubuhan untuk menggantikan mana Saber yang kian hilang. Dengan sumber mana yang lebih daripada sebelumnya, Saber berhadapan lalu menyerang Berserker; meskipun mampu bertarung setaraf dengan Berserker berbanding pertarungan mereka sebelumnya, Saber tidak mampu mencederakan Berserker. Namun, sambil Saber mengalih perhatiannya, Rin melakukan serangan hendap ke atas Berserker yang telah menghancurkan kepalanya. Akan tetapi, Berserker bangkit semula. Noble Phantasm sebenar Berserker kemudiannya didedahkan; God Hand, iaitu dirinya sendiri, yang merupakan anugerah kebolehan setaraf Tuhan, keabadian hidup yang mampu membangkitkannya daripada ambang kematian sebanyak 11 kali. Namun malangnya buat Berserker, saat itu merupakan saat kebangkitan kebolehan sebenar Shirō, membenarkannya untuk mencipta salinan pedang Caliburn, iaitu pedang lagenda asal Saber, yang mengakibatkan Berserker menemui ajalnya. Dengan kematian Berserker, Illya tersingkir daripada Peperangan Holy Grail; Shirō yang berasa bertanggungjawab, membuat keputusan untuk membenarkan Illya tinggal di rumahnya.

Beberapa ketika kemudian, kediaman Emiya diserang oleh Caster. Shirō dan Saber masing-masing berhadapan dengannya, namun nyawa Caster melayang sebaik sahaja seorang pahlawan dalam perisai emas muncul sebelum Caster mampu berbuat apa-apa. Saber mengenalpasti pembunuh Caster sebagai Servant kelas Archer. Saber mengenalinya sebagai seorang individu daripada Peperangan Holy Grail yang lepas, yang berakhir sebelum iainya tamat setelah Holy Grail itu sendiri dihancurkan. Shirō mendapat tahu bahawa Saber merupakan salah seorang daripada Servant yang diseru dalam peperangan sepuluh tahun sebelumnya; tambahan pula, Master Saber dalam Peperangan Holy Grail ke-4 merupakan ayah Shirō sendiri, dan, di bawah arahan ayahnya, Saber telah memusnahkan Holy Grail tersebut. Didedahkan juga bahawa Saber menjadi seorang Servant beberapa ketika sebelum kematiannya, dan mendapati bahawa keinginan sebenar Saber adalah untuk kembali kepada kehidupannya dan meniti hidupnya kembali. Pendedahan-pendedahan ini menggangu Shirō, kerana dia tidak menyenangi pilihan Saber untuk mati dan menjalani hidupnya kembali.

 
Gilgamesh, "Raja Segala Perwira"

Shirō mengambil keputusan untuk menyoal Kirei Kotomine, iaitu paderi yang menguruskan Peperangan Holy Grail, sekiranya terdapat cara untuk membenarkan Saber menjalani kehidupan biasa. Kotomine menjelaskan bahawa kaedah seperti itu tidak wujud. Berasa hiba dengan maklumat ini, Shirō berputus untuk membawa Saber bersiar-siar (sebagai sebuah temu janji) untuk menggembirakannya. Namun, dalam perjalanan pulang, mereka diserang oleh Archer yang berpakaian emas. Saber dan Shirō kemudiannya mendapat tahu identiti sebenar musuh yang berhadapan dengan mereka itu sebagai Gilgamesh, "Raja Segala Perwira." Shirō melindungi Saber daripada serangan awal Gilgamesh, yang nyaris mencabut nyawanya. Setelah berjaya melarikan diri daripada konfrontasi tersebut, Saber dan Shirō bergegas ke gereja Kotomine untuk mendapatkan nasihat, hanya untuk mencungkil rahsia disebalik peranannya sebagai Hakim Peperangan itu yang kononnya "neutral"; bahawa Kotomine merupakan Master kepada Lancer dan Gilgamesh. Namun dalam pertarungan yang berlaku kemudiannya, Lancer beralih ke pangkuan Saber dan Shirō, membenarkan mereka untuk melarikan diri sambil dirinya menentang Gilgamesh; Gilgamesh dengan mudah menumpaskan Lancer.

 
Sir Bedivere mendampingi rajanya, Arturia, yang dibuai mimpi abadi

Setelah kejadian ini berlalu, Kotomine membuat keputusan untuk menggerakkan rancangannya; dia menculik Illya, yang telah memulakan satu lagi konfrontasi. Shirō dan yang lain mendapati bahawa Illya diperlukan sebagai saluran kepada Holy Grail tersebut - jelmaan kuasa makhluk itu sendiri. Kemudiannya, Rin tercedera parah oleh Kotomine, menyebabkannya tidak mampu berlawan disamping Shirō dan Saber. Shirō membuat keputusan untuk mengembalikan Avalon kepada tuannya yang asal, yang merupakan Noble Phantasm Saber yang terakhir, yang selama ini tertanam dalam diri Shirō. Saber kemudiannya menentang Gilgamesh, manakala Kotomine dan Shirō pula bertarung dengan diri masing-masing. Shirō dan Saber mengaktifkan Avalon serentak, menggagalkan serangan musuh-musuh mereka, lalu menewaskan mereka. Apabila tiada penentang lain yang wujud, pasangan itu bergegas untuk menghancurkan kandungan Holy Grail tersebut, memastikan sifat jahat yang berada di dalamnya tidak akan digunakan lagi.

Akibatnya, Saber lenyap ke era asalnya. Dia kembali hidup sebagai Arturia, dan menerima segala sejarah dirinya tanpa memiliki sebarang keinginan untuk mengubahnya. Di penghujung senario ini, dia mengukir senyuman manis di bibir sambil mengatakan kepada Sir Bedivere (yang sedang menjaganya), "Aku rasa kali ini aku akan tidur lebih lama...."

Unlimited Blade Works sunting

Setelah berjaya memaksa Lancer mengundurkan diri, Saber telah bersedia untuk menyerang Archer. Namun, Shirō menggunakan Mantra Perintahnya untuk membatalkan tindakan Saber ini, yang berakhir dengan perbualannya dengan Rin, Master kepada Archer. Akan tetapi, mereka tidak melakukan sebarang pakatan pada waktu ini. Setelah memperkenalkan Shirō kepada peraturan Peperangan Holy Grail melalui pertemuan mereka dengan Kirei, dalam perjalanan pulang daripada gereja di atas bukit itu, mereka berselisih dengan Illyasviel vin Einzbern, Master kepada Berserker, yang telah menyerang mereka. Berbeza dengan senario Fate, Archer telah membantu seketika dalam pertempuran ini dan telah berjaya mencederakan Berserker dan membenarkan Illya melepaskan mereka. Pada hari seterusnya, Shirō memperkenalkan Saber kepada Taiga dan Sakura di sekolahnya.

Pada keesokan harinya, apabila semua pelajar dan guru lain telah meninggalkan sekolah tersebut, Rin mula menyerang Shirō, tanpa membenarkannya terlepas dan memberitahu Shirō akan niatnya untuk membunuhnya melainkan jika Shirō melepaskan Mantra Perintah Saber. Tindakan terburu-buru Rin ini terganggu apabila Rider muncul dan mencedera serta menyerang seorang pelajar yang tidak terbabit. Shirō dan Rin bergegas ke tempat kejadian; Shirō terus memburu Rider dan Rin menyelamatkan pelajar tersebut. Shirō yang sedang mengejar Rider, telah menerima kekalahannya pada tangan Servant tersebut dan nyaris dibunuh sehinggalah Rin muncul untuk menyelamatkannya. Shirō juga ternampak bayang-bayang Shinji sewaktu mengejar Rider.

Shirō dan Rin kemudiannya telah berpakat dan mula mencari calon yang tepat bagi Master Rider. Pada waktu malam hari yang sama, Shirō malangnya dirasuk oleh sihir Caster dan "ditarik" masuk ke Kuil Ryūdō. Caster berhasrat untuk mengambil Mantra Perintah daripada Shirō. Archer telah mengganggu lalu menyelamatkan nyawa Shirō semasa Saber sedang sibuk menentang Servant Assassin. Saat ini merupakan saat utama yang menyebabkan Shirō lebih membenci Archer apabila dia mula mencaci dan memandang rendah akan idealnya.

Pada pagi seterusnya, Shirō mula melihat mimpi tentang seorang perwira yang dikhianati oleh idealnya. Rin meminta maaf kepada Shirō tentang tindakan Servantnya itu. Dalam sebuah perancangan strategi di antara mereka di atap sekolah, Rider telah mengaktifkan Noble Phantasmnya iaitu Blood Fort Andromeda. Akan tetapi, Shirō dan Rin hanya sempat berjumpa dengan mayat Rider. Shinji dalam keadaan ketakutan telah melarikan diri ke gereja Kotomine, di mana Kotomine memberinya Gilgamesh untuk menggantikan Rider. Pada waktu itu, Archer dan Saber telah berbincang tentang cara-cara Rider dibunuh; Archer menuduh Rider sebagai seorang Servant yang lemah, manakala Saber mengatakan bahawa sebagai seorang Servant Archer tidak seharusnya memandang rendah kepada Rider yang, menurut Saber sendiri, telah mati mempertahankan Masternya, sekali lagi mencipta sebuah sempadan yang lebih luas di antara Archer dan yang lain.

Dengan kematian Rider, Shirō telah mengesyaki bahawa terdapatnya seorang lagi Master di sekolah mereka selain Shinji. Pada peringkat awal, Shirō telah mengesyaki rakannya iaitu Issei, disebabkan oleh rumahnya yang terletak di Kuil Ryūdō. Namun, mereka mendapat tahu bahawa Master sebenar di sekolah mereka adalah sebenarnya Soichiro Kuzuki, Master kepada Caster. Apabila Shirō dan Rin menyerang hendap mereka apabila Kuzuki sedang berjalan pulang ke kuil tersebut, Caster telah muncul untuk melindungi Masternya dan pertempuran di antara mereka berlangsung. Shirō, Rin, malah Saber sendiri berasa terpegun melihat aksi serta kebolehan yang ditonjolkan oleh Master Caster, yang telah berjaya menewaskan Saber dalam pertarungan mereka, hanya menggunakan kedua-dua belah tangannya sahaja yang ditingkat tenaganya oleh sihir Caster. Pada waktu inilah Shirō berjaya meningkatkan tahap sihir pengukuhannya, mencipta pedang kembar yang dimiliki Archer. Ini telah memaksa Kuzuki dan Caster melarikan diri ke kuil di atas puncak itu. Untuk berbincang lebih lanjut lagi tentang strategi mereka, Rin berputus untuk berpindah ke rumah Shirō buat seketika.

 
Rule Breaker milik Caster yang digunakan ke atas Saber

Pada keesokan harinya, Rin telah membawa Shirō keluar bersiar-siar, menggelarnya sebagai sebuah temu janji. Saber juga turut ikut sama. Namun, sesampai sahaja mereka di rumah, mereka menemui Caster yang sedang memegang Fujimura sebagai tahanan. Apabila Shirō telah cuba untuk berunding dengannya, Caster telah melepaskan Fujimura dan menikam Saber dengan Rule Breaker, mengalihkan Mantra Perintah Shirō kepada Caster, Master baru kepada Saber. Saber telah diarahkan oleh Caster untuk membunuh Rin, namun berjaya bertahan daripada Mantra Perintah Caster di atas rintangan sihirnya yang tinggi, dan sekadar menikam bahu Shirō apabila dia cuba untuk melindungi gadis itu. Di atas permintaan Saber yang sedang menentang arahan Caster, mereka melarikan diri ke rumah Rin. Dengan kehilangan Mantra Perintah serta Saber, Shirō diberitahu oleh Rin supaya membenarkannya dan Archer sahaja untuk menguruskan Caster dan Kuzuki. Walau bagaimanapun, Shirō telah memaksa dirinya untuk membantu mereka, justeru telah mengikut Rin dan Servantnya itu. Saber pula sedang diseksa untuk sihir daripada Master barunya, yang mampu memaksanya mematuhi segala perintah Caster tanpa sebarang bantahan. Namun, rintangan sihir Saber terbukti lebih kental daripada sihir Caster.

Shirō secara senyapnya mengikut dan menyaksikan konfrontasi di antara Kuzuki dan Caster bersama-sama Rin dan Archer di tapak operasi baru ahli sihir itu, iaitu di Gereja Kotomine. Rin tergamam melihat Archer yang menawarkan bantuan serta Mantra Perintah Rin kepada Caster dengan membenarkan Caster menikamnya dengan Rule Breaker. Rin yang terperangkap seorang diri, dikelilingi oleh musuh-musuhnya Kuzuki, Caster dan yang terbaru, Archer, telah cuba untuk melarikan diri. Namun, Kuzuki membuktikan ketangkasannya lalu menyerang Rin. Shirō yang sedang bersembunyi telah keluar mencelah pertarungan mereka. Di atas permintaan Archer yang kini merupakan rakan seperjuangan Caster, Rin dan Shirō dilepaskan. Dengan kehilangan Archer dan Saber, Rin dan Shirō telah bersetuju untuk meminta bantuan daripada Illya dan Berserker, lalu mereka bergegas ke istana Einzbern disebalik sebuah hutan. Malang sekali, mereka terlambat dan mendapati bahawa Gilgamesh dan Shinji sudahpun mula menentang Berserker dan Illya. Gilgamesh dengan mudahnya menghapuskan Berserker lalu membunuh Illya dengan mengoyak keluar jantungnya. Shirō yang telah cuba menyelamatkan Illya telah menunjukkan dirinya, dan nyaris dibunuh oleh Gilgamesh namun diselamatkan oleh Rin. Kedua-dua musuh mereka itu telah meninggalkan Shirō dan Rin dalam keadaan yang menyedihkan, sehinggalah Lancer memperkenalkan dirinya dengan menawarkan bantuannya kepada mereka. Rin dan Shirō bersetuju berpakat dengannya buat sementara waktu.

Shirō, Rin dan Lancer bergegas kembali ke Gereja Kotomine. Archer telah menunggu mereka diluar gereja tersebut; Lancer menawarkan bantuannya dengan menyerang Archer dan membenarkan Rin serta Shirō untuk meneruskan rancangan mereka menyelamatkan Saber dan menewaskan Caster. Shirō menentang Kuzuki, manakala Rin pula menentang Caster. Rancangan mereka berjaya melemahkan Caster, namun Shirō yang dibelasah oleh Kuzuki telah melepaskan satu-satunya peluang mereka dengan membenarkan Kuzuki menyerang Rin. Setelah Rin dan Shirō berada dalam keadaan lemah, Kuzuki menyuruh Caster menggunakan Saber yang diikat di belakang mereka untuk menghapuskan musuh-musuh mereka. Sebelum Caster sempat berbuat demikian, Archer telah muncul dan menyerang Kuzuki; Caster yang melindungi Masternya itu terbunuh, namun Kuzuki telah bertindak tenang dan menentang Archer, yang berakhir dengan kekalahannya.

 
Saber mampu bertarung dalam kuasa penuh setelah memeterai perjanjian dengan Rin

Di tengah-tengah kejadian ini, Rin telah sempat memeterai sebuah kontrak dengan Saber, justeru menjadikan Saber Servant baru kepada Rin. Namun, Archer berjaya menculik Rin dan membawanya ke Istana Einzbern, memaksa Shirō untuk menyelamatkan Rin dengan menentang Archer sebelum diri Archer hilang daripada dunia tersebut (kerana tidak memeterai perjanjian dengan seorang Master). Dia turut menjemput Shinji dan Gilgamesh ke istana tersebut, di mana Shinji telah cuba untuk memperkosa Rin.

 
Unlimited Blade Works
 
Unlimited Blade Works

Pada hari seterusnya, Shirō, Saber dan Lancer telah bergegas ke Istana Einzbern, di mana Archer mendedahkan identitinya sebagai Shirō Emiya daripada masa hadapan, seorang perwira yang telah dikhianati oleh ideal yang merupakan motif perjuangannya, dan kini dia ingin mencipta suatu paradoks masa dengan membunuh dirinya daripada masa lampau, sekaligus sebagai belas kasihan kepada Shirō supaya dirinya tidak kecewa melihat idealnya hancur pada masa hadapan, seperti yang telah disaksikan oleh Archer. Dalam konfrontasi Archer dan Shirō yang hanya disaksikan oleh Saber di atas permintaan bekas Masternya sendiri, Lancer telah bergegas menyelamatkan Rin. Kirei pula muncul dan mengarahkan Lancer mengambil nyawa Rin. Lancer cuba memberontak, mengatakan jika Kirei inginkannya melakukan sedemikian, dia haruslah mengarahkannya menggunakan Mantra Perintah pada tangannya. Kirei dengan senang hatinya menggunakan Mantra Perintah dan mengarahkan Lancer membunuh dirinya sendiri. Rin telah berhadapan dengan mautnya setelah Kirei menghadap untuk membunuhnya, namun Lancer secara tiba-tiba menikam Kirei dari belakang menggunakan Gae Bolg kesayangannya. Apabila Shinji merasakan bahawa dia bebas melakukan apa sahaja terhadap Rin, Lancer telah berhadapan dengannya pula dan menyerangnya, memaksanya melarikan diri. Setelah melepaskan Rin, Lancer mengaktifkan Ansuz Rune, membakar bilik itu bersama-sama mayat Kirei dan dirinya yang berada di ambang maut.

 
Archer ditewaskan oleh dirinya yang masih muda

Pada waktu yang sama, Shirō menentang Archer, akhirnya menyakinkan Archer bahawa dia tidak mengesali pilihan dan jalan yang dititinya, meskipun jika dia kerugian pada masa hadapan. Dengan itu, Archer ditewaskan. Kemunculan Gilgamesh telah meletakkan nyawa Shirō dalam bahaya, di mana Archer telah mengatakan bahawa hanya dirinya sahaja yang mampu menewaskan musuh berambut perang itu, sebelum dirinya hilang. Gilgamesh mengundurkan diri setelah Rin muncul dan apabila api yang dimulakan Lancer telah mula menghancurkan istana tersebut. Gilgamesh telah berjumpa dengan Shinji lalu memasukkan jantung Illya ke dalam badannya, menjadikannya saluran kepada Holy Grail yang baru.

Shirō, Rin dan Saber sampai ke Kuil Ryūdō, tempat persembunyian Gilgamesh. Rin telah cuba untuk menyelamatkan Shinji yang terperangkap ditengah-tengah makhluk kelahiran Holy Grail tersebut, sambil Gilgamesh ditentang hebat oleh Shirō dan Saber pula dihalang oleh penjaga pintu kuil tersebut, iaitu Assassin. Saber akhirnya menewaskan Assassin dan bergegas untuk membantu Shirō, namun menemui Rin disebalik air hitam yang merupakan sempadan Rin dan Saber. Rin yang sedang menyelamatkan Shinji dibantu oleh Archer. Saluran Holy Grail tersebut berjaya dimusnahkan. Shirō pula berjaya menewaskan Gilgamesh setelah menggunakan versi Unlimited Blade Works miliknya. Namun, Gilgamesh yang diserap oleh sebuah sfera hitam telah sempat menarik Shirō untuk menemaninya di alamnya sendiri. Namun, Archer sempat membantu Shirō melepaskan dirinya. Rin dan Archer bertemu buat kali terakhir; Archer memberitahu gadis tersebut supaya menjaga dirinya yang muda, mengukirkan senyuman yang penuh keikhlasan yang juga dimiliki oleh Shirō.

Dalam senario ini, Shirō dan Rin telah menjadi lebih rapat dengan diri masing-masing, sekaligus mendedahkan sifat-sifat tsundere Rin dengan lebih luas lagi.

Resolusi: Terdapat dua buah penghujung dalam senario ini:

  • Penghujung "Baik" menggambar sebuah pengakhiran di mana Rin menyimpan Saber sebagai Servantnya, disamping Shirō dan yang lain meneruskan kehidupan mereka yang normal dan gembira.
  • Penghujung "Sebenar" pula menggambarkan sebuah pengakhiran di mana Rin meneruskan latihannya sebagai seorang ahli sihir di Persatuan Ahli Sihir di London setelah berakhir semesta sekolah menengah, di mana Shirō ditawarkan Rin mengikutnya sebagai pelatihnya. Dalam Penghujung Sebenar ini, Saber telah menggunakan Excalibur untuk menghancurkan Holy Grail, mengakibatkannya hilang daripada dunia, namun dia telah kembali dengan perasaan yang lega.

Heaven's Feel sunting

Plot anime sunting

Plot siri televisyen anime Fate/stay night secara umumnya menekankan penceritaan dalam senario Fate, dengan sedikit perbezaan disebabkan oleh gabungan senario-senario Unlimited Blade Works dan Heaven's Feel. Siri ini telah dipisahkan menjadi beberapa babak berdasarkan musuh-musuh berbeza yang dilihat pada bahagian yang berbeza dalam ceritanya.

Selain itu, meskipun permainan video Fate/stay night mempunyai babak-babak hentai, siri animenya pula tidak. Siri animenya hanya mempunyai babak yang "kurang senonoh" secara seksual, namun tidak mempunyai kandungan seksual jelas seperti babak yang diperoleh dalam permainan videonya.

Pengenalan sunting

  • (episod 1 - 6)

Episod-episod dalam babak ini memperkenal para penonton kepada kisah, dunia serta watak-watak Fate/stay night. Kebanyakan daripada Master dan Servant mereka yang utama diperkenalkan, namun terdapat beberapa yang lain diketepikan buat masa ini. Shirō Emiya dan Servantnya iaitu Saber diperkenalkan sebagai watak-watak utama, disamping watak-watak sokongan utama mereka iaitu Rin Tohsaka dan Servantnya Archer. Watak-watak lain yang diperkenalkan termasuklah Taiga Fujimura, Illyasviel von Einzbern, Sakura Matō dan Kirei Kotomine. Taiga dan Sakura seringkali menziarahi rumah Shirō hampir setiap hari. Apabila Saber mula hadir dalam kehidupan Masternya, Taiga kurang menyenangi kehadirannya, dan Shirō terpaksa menyembunikan identiti Saber dengan mengatakan bahawa Saber merupakan saudaranya yang jauh,

Babak Rider sunting

  • {episode 7 - 12)


Babak Berserker sunting

  • (episode 13 - 16)


Babak Caster sunting

  • (episod 17 - 19)



Babak Gilgamesh sunting

  • (episod 19 - 21)


Babak Kotomine sunting

  • (episod 21 - 24)



Penutup sunting

Pautan luar sunting