Seshseshet
dalam hieroglif
z
S
z
S
t

Ratu Seshseshet ialah bonda kepada Raja Teti, iaitu firaun yang mengasas dinasti keenam Mesir Purba. Baginda memainkan peranan penting dengan membolehkan anakandanya merampas takhta serta mendamaikan perselisihan dalam kerabat diraja.[1]

Seshseshet merupakan satu-satunya ratu dinasti keenam yang masih belum dijumpai makamnya, sehingga tahun 2008[2], apabila para ahli areologi menemui apa yang dipercayai merupakan makamnya.[3]

Penemuan makam sunting

Pada 8 November 2008, ahli arkeologi terulung Mesir, Zahi Hawass, yang juga setiausaha agung Majlis Tertinggi Kepurbaan, mengumumkan bahawa Seshseshet dimakamkan dalam sebuah piramid terbuka berukuran lima meter tinggi yang berusia 4,300 tahun di Saqqara. Hawass berkata ini mungkin piramid subsidiari paling lengkap di Saqqara.[4] Makam ini merupakan yang ke-118 dari kesemua piramid purba yang ditemui di Mesir setakat ini. Bahagian terbesar pada penutup yang panjangnya dua meter dibina dengan superstruktur yang tingginya lima meter.

Pasukan arkeologi Hawass mula menggali tapaknya pada tahun 2006. Piramid berkenaan ditemui pada September 2008 apabila sebuah struktur berukuran 16 kaki tinggi digali dari timbusan pasir. Struktur tersebut asalnya berketinggian 14 meter, dengan sisi-sisinya yang panjangnya 22 meter.[5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Egypt: 4,300-year-old pyramid discovered". CNN.com. CNN. 2008-11-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-17. Dicapai pada 2008-11-11.
  2. ^ "Egypt unveils discovery of 4,300-year-old pyramid". yahoo.com. Yahoo. 2008-11-11. Dicapai pada 2008-11-11.
  3. ^ "4,300-year-old pyramid discovered in Egypt"[pautan mati kekal] ap.google.com 12 November 2008 Link accessed 13/11/08
  4. ^ http://news.nationalgeographic.com/news/2008/11/081111-new-pyramid-egypt.html
  5. ^ ph.news.yahoo.com, 4,300-year-old pyramid discovered in Egypt[pautan mati kekal]
  6. ^ africa.reuters.com, Egypt says has found pyramid built for ancient queen[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting