Seven Signs merupakan sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan pada sekitar tahun 2000. Kumpulan ini dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Zed Zaidi, Avira, Wan Cha, Ejal dan Bad. Lagu hits mereka Selamat Siang telah dijadikan runut bunyi bagi drama lakonan Zed sendiri, iaitu Sembilu.

Seven Signs
Berasal dariKuala Lumpur
GenrePop Rock, Techno
InstrumenVokal, Gitar, Dram
Tahun aktif2000-2002
(Seasons Change)
2003-2009
(Seven Signs)
Syarikat rakaman
Seven Signs Entertainment
Universal Music
Bekas ahliZed (vokalis utama)
Avira (gitar irama)
Wan Cha (dram)
Ejal (gitar utama)
Bad (gitar bass)

Awal penubuhan sunting

Kumpulan Seven Signs ini pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2000 yang dianggotai oleh tujuh orang yang menggelarkan diri sebagai Season Change. Tetapi kumpulan itu tidak dapat bertahan lama apabila pemain keyboard, vokalis dan pemain gitarnya telahpun menarik diri. Ketika itulah Zed telah dilamar oleh kumpulan tersebut untuk menggantikan vokalis utama mereka. Bermula tahun 2003, mereka telah menukarkan nama kepada Seven Signs dan akhirnya pada penghujung bulan Ogos yang lalu mereka telah berjaya memasarkan album sulung mereka yang berjudul Selamat Siang.

Diskografi sunting

Album studio sunting

Lagu-lagu sunting

  • Lafaz Cinta (2004)
  • Sembilu (2004)
  • Selamat Siang (2004)
  • Sembilu Kasih (2005)

Rujukan sunting