Shaiya merupakan sebuah MMORPG (singkatan untuk Massively Multiplayer Online Role Playing Game) ciptaan Sonov Entertainment[2] dan diterbitkan di Amerika Utara dan di Eropah oleh Aeria Games and Entertainment.[3] Judul ini kini mula dilancarkan di Eropah. Sebuah versi beta terbuka Jerman telah bermula pada 3 Disember 2008 dan versi Perancis pula telah bermula pada 16 Mac 2009.

Shaiya
PembangunSonoV Entertainment
PenerbitAeria Games and Entertainment,Inc.
PlatformWindows XP, Windows Vista
Pelepasan26 November 2007 (beta tertutup)
18 Disember 2007 (beta terbuka)
24 DIsember 2007 (penuh)[1]
GenreFantasi purba, MMORPG
ModPemain berganda

Cerita dan latar belakang sunting

Pada zaman dahulu kala, wujudnya seorang Dewi Etain dan tiga buah kaum ciptaannya: iaitu golongan Dragons, Nordein dan Dumianas. Dewi Etain mendapati kecacatan pada golongan Nordien dan telah melempar mereka ke bumi. Dengan penuh perasaan sombong, golongan Dumianas telah menyoal kuasa dan kemampuan Etain. Dewi tersebut lalu jatuh lemah di atas perasaan ragu-ragu mereka itu, lalu Dumianas pun membunuhnya. Jiwa dewi itu terbelah menjadi dua. Kematian dewi tersebut meninggalkan Teos di luar kesinambungan dan terbuka kepada serangan. Dewa-dewa lain telah cuba untuk menakluki Teos dan mencipta raksasa untuk mencerobohi seterusnya menghancurkan Teos. Golongan Dragons pula menyembunyikan diri mereka daripada dunia luar. Apabila konflik ini berakhir, terdapat dua dewi yang menjaga Teos. Golongan Duminias yang masih hidup terbahagi kepada dua bahagian; satu untuk kedua-dua belah dewi.

Kedua-dua bangsa ini, iaitu Elves dan Vail, mendapati diri mereka sentiasa berada dalam konflik di antara bangsa masing-masing. Perasaan tertekan yang kian lama menebal membakar semangat mereka yang ganas. Kemudiannya, golongan Humans telah menyertai pihak Elves manakala golongan Nordein muncul sebagai Deatheaters dan telah berpihak kepada golongan Vail. Dengan itu terciptalah dua bahagian berbeza: iaitu The Alliance of Light dan Union of Fury. Bukan sekadar menentang raksasa yang masih berkeliaran di bumi mereka, kedua-dua belah ini menentang sesama sendiri dalam suatu peperangan yang tiada penghujungnya, dalam misi menaungi Teos.[4]

Tahap kesukaran sunting

Salah satu daripada aspek yang membezakan Shaiya daripada judul-judul MMORPG yang lain merupakan empat tahap kesukaran yang ditawarkan:

  • Easy mode atau mod mudah terbatas pada level 30 dan memerlukan sedikit experience points (mata pengalaman) sahaja untuk beransur ke level seterusnya. Beberapa kemahiran dan barang tidak boleh digunakan dalam mod ini.
  • Normal mode atau mod biasa merupakan tahap asas untuk kebanyakan pemain. Mata pengalaman dan kemahiran adalah diperlukan pada kadar yang biasa.
  • Hard mode atau mod susah ditawarkan kepada pemain sebaik sahaja pemain itu meningkat level ke 40 dalam mod biasa pada sekurang-kurangnya seorang watak. Beberapa kemahiran, barang, dan quest tambahan dibuka kepada pemain. Walaubagaimanapun, kadar mengumpul mata pengalaman adalah empat kali berbanding kadar biasa.
  • Ultimate mode atau mod muktamad/unggul ditawarkan sebaik sahaja seorang pemain mencapai level 40 dalam mod susah pada sekurang-kurangnya seorang watak. Kesukaran tahap ini tidak berbeza daripada mod susah, kecuali satu penambahan; jika seorang watak pemain mod unggul terbunuh dan tidak dibangkitkan dalam masa 3 minit, watak tersebut dibuang buat selama-lamanya.

Puak dan kaum sunting

Para pemain yang baru memulakan perjalanan mereka dalam dunia Shaiya haruslah memilih di antara dua puak sebelum mencipta watak mereka; Alliance of Light atau Union of Fury. Disebabkan kedua-dua puak ini adalah bermusuhan di antara satu sama lain, seorang pemain daripada puak Alliance of Light tidak boleh menggunakan sistem perbualan dengan seorang pemain Union of Fury dan sebaliknya. Apabila seorang pemain memilih puaknya, dia tidak boleh mencipta seorang watak pada puak lawan sehinggalah setiap watak pada puak pilihannya dibuang. Puak pilihan menentukan jenis kaum yang ditawarkan.

Rupa watak seorang pemain dan lokasi permulaan ditentukan oleh kaum pilihan. Setiap kaum pada kedua-dua puak boleh dipilih menjadi lelaki ataupun perempuan. Perubahan fizikal juga terdapat pada kedua-dua puak, iaitu rambut, mata, bentuk muka, dan ketinggian. Selain itu, pilihan kaum juga menentukan kelas-kelas yang ditawarkan untuk watak yang dicipta.

Kelas-kelas sunting

Jenis kelas terhad kepada kaum tertentu, dan seterusnya dihadkan mengikut puak. Terdapat dua belas buah kelas, namun terdapat hanya enam gaya permainan yang unik sahaja:

  • Defender (Human) / Guardian (Nordein atau deatheaters)
Watak yang boleh dimain sebagai si kebal (tank), berperisai penuh, dengan HP tinggi dan kebolehan untuk memaksa musuh untuk menyerangnya sahaja. Objektif sebenar watak-watak ini adalah bukan untuk melakukan serangan dengan kuat, tetapi untuk menjauhkan musuh daripada ahli parti yang lain. Mereka selalunya sangat diperlukan dalam parti, kadang-kala pada level yang tertinggi dalam parti.
  • Fighter (Human) / Warrior (Nordein atau deatheaters)
Penyerang jarak dekat biasa, menggunakan senjata-senjata yang cukup berkesa. Kebolehan mereka termasuklah sihir dan serangan fizikal.
  • Priest (Human) / Oracle (Vail)
Satu-satunya kelas yang memiliki kebolehan menyembuh dan membangkitkan seseorang yang telah "mati", namun dengan kelemahan perisai yang mendadak. Mereka turut mempelajari sihir-sihir yang melakukan serangan pada kadar kecil untuk permainan solo. Kelas ini selalunya diperlukan dalam kumpulan dan parti. Dalam Ultimate Mode, ini merupakan watak yang sangat penting.
  • Ranger (Elf) / Assassin (Vail)
Mengelak dan menyelinap merupakan di antara kebolehan yang digunakan kelas ini untuk mencederakan pihak lawan sebelum musuhnya mempunyai peluang untuk menyerang semula.
  • Archer (Elf) / Hunter (Nordein atau deatheaters)
Menggunakan senjata jarak jauh, misalnya pemanah atau lembing untuk mencederakan musuh daripada jarak tertentu. Perisai mereka yang lemah diberi tumpuan dengan memberi mereka kebolehan untuk kite.
  • Mage (Elf) / Pagan (Vail)
Kelas dengan sihir yang digunakan dari jarak jauh, mempunyai perisai yang lemah namun dengan beberapa kebolehan kawasan luas yang efektif dan kuat.

Gaya permainan sunting

Shaiya membenarkan para pemain mengambil bahagian dalam beberapa quests atau misi - selalunya dengan berinteraksi dengan NPC. Misi-misi ini tidak wajib dilakukan dan seringkali memerlukan para pemain untuk menewaskan musuh-musuh tertentu. Para pemain juga dibenarkan untuk bergerak bebas dalam dunia Shaiya.

Dalam melengkapkan sebuah quest, mereka mendapat mata pengalaman. Apabila mata pengalaman yang dikumpul adalah mencukupi, mereka akan beransur ke tahap (level) seterusnya dan diberikan mata kebolehan untuk digunakan supaya watak mereka meningkat dari segi prestasi. Tahap kesukaran yang dipilih memberi kesan mendadak pada bahagian ini, di mana mata kebolehan yang diberikan adalah bergantung kepada tahap kesukaran yang dipilih - lebih sukar tahap mereka, lebih banyak mata diberikan.

Sistem bless sunting

Unik kepada judul Shaiya merupakan sistem Blessing of the Goddess yang merupakan sebuah elemen permainan yang penting. Kedua-dua bahagian mendapati mata bless dalam kombat PvP, dengan menewaskan musuh atau dengan menghancurkan relic musuh (sejenis struktur) dalam zon-zon PvP. Mata-mata ini dikumpulkan untuk mewakili seluruh bahagian tertentu, maka kesan blessing tersebut diberikan kepada seluruh bahagian yang memenanginya pada tahap global. Sistem blessing ini, jika dimenangi, memberi beberapa bonus kepada para pemain; peratus melekatkan lapis meningkat, lebih HP dan MP, masa penyembuhan HP dan MP berkurang, dan sebagainya. Bonus ini diberikan kepada zon-zon PvP dan bukan PvP, iaitu PvE.

Kenderaan sunting

Kenderaan yang terdapat dalam Shaiya (seringkali dirujuk sebagai mount) merupakan binatang-binatang yang boleh ditunggang oleh para pemain. Mereka selalunya diletakkan pada harga yang tinggi dan boleh dibeli di bandar utama setiap bahagian, bermula dengan harga 11 juta ke atas. Dalam beberapa acara istimewa Aeria telah memberi peluang kepada para pemain untuk mendapat binatang yang memberi kelebihan tambahan, iaitu kebolehan untuk bergerak pada kelajuan terpantas. Terdapat juga beberapa binatang yang hanya boleh ditunggang oleh watak-watak dalam Ultimate Mode. Kegunaan binatang-binatang ini hanyalah sekadar kenderaan untuk bergerak lebih pantas sahaja, dan tidak membantu para pemain untuk menyerang mahupun memberi sebarang perlindungan fizikal. Dalam quest tambahan versi Episode 4 Shaiya, para pemain mampu mendapatkan seekor binatang tunggangan biasa sebagai ganjaran dalam melengkapkan misi tersebut.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting