Sharifah Zarina Wan Hassan, juga dikenali sebagai Zarina Al-Qadry merupakan penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu berjudul "Langit Ketujuh" ciptaan Azmeer.[1] Selain itu, beliau merupakan peserta Gegar Vaganza musim pertama dan bekas peserta Top 100 Malaysian Idol musim pertama.

Sharifah Zarina
Nama lahirSharifah Zarina binti Wan Hassan
Juga dikenali sebagai
Zarina Al-Qadry
Kelahiran1981 (umur 42–43)
Kuching, Sarawak, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2004–kini
Syarikat rakaman
Interglobal Music (2005–2008)
Pengkarya berkait
Zamani

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2017, beliau menamatkan kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Malaya (UM).[1] Beliau berkahwin dengan Buswani Abdillah dan dikurniakan tiga cahaya mata, Athalia Deena, Ariana Deena, dan Alfenriz Habeeb.[1]

Gegar Vaganza sunting

Beliau terpilih menjadi diantara 12 orang peserta Gegar Vaganza (musim 1) pada tahun 2014. Namun perjuangan beliau didalam program realiti tersebut terhenti di sewaktu konsert minggu keenam berikutan beliau mendapat markah yang paling terendah. Berikut persembahan beliau didalam Gegar Vaganza;

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal
Minggu 1 Throwback "Langit Ketujuh" Dirinya sendiri
Minggu 2 Memori Berkasih "Hati Lebur Jadi Debu" Hetty Koes Endang
Minggu 3 Kenangan Mengusik Jiwa "Perhaps" Doris Day
Minggu 4 Ada Berani? "Mengapa" Nicky Astria
Minggu 5 Impian Dan Dedikasi "Penasaran" Krisdayanti
Minggu 6 Berdua Lebih Baik "Muara Hati"
(duet Rem)
Hafiz Suip & Siti Nurhaliza

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran Album
Sharifah Zarina

Single (Solo) sunting

Tahun Lagu Album
2004 "Syair Pesona" Sharifah Zarina
2005 "Langit Ke-7"
2006 "Tak Secantik Wajah" OST Drama Dua Hati
2007 "Harapan Berbunga Realiti" Single
2011 "Suratan Yang Menyakitkan" OST Drama Si Jundai
2012 "Memandang Awan"[2] Single
2019 "Pernah Bahagia"

Single (Duet) sunting

Tahun Lagu Duet bersama Album
2012 "Tak Keruan" Zamani Single

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Malaysian Idol Peserta 8tv Tersingkir di Top 100.
2014-2015 Gegar Vaganza Peserta Astro Prima Tersingkir di konsert minggu ke-6.
2021 Famili Duo Peserta TV3 Duet bersama anaknya, Athalia.
The Masked Singer Malaysia Reunion 2021 Peserta/

Artis Jemputan

Astro Warna Sebagai topeng Cik Nab

Anugerah & pencapaian sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2006 Anugerah Planet Muzik 2006 Artis Wanita Terbaik Tercalon
Lagu Paling Popular "Langit Ke-7" Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-13 Artis Baru Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Zaidi Mohamad (22 September 2017). Sharifah Zarina belum bersara daripada dunia muzik Berita Harian. Dicapai pada 3 Jun 2018.
  2. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (24 April 2012). Sharifah Zarina muncul lagi selepas lima tahun menghilang mstar Online. Dicapai pada 4 Jun 2013.

Pautan luar sunting