Shaun Bartlett (lahir 31 Oktober 1972 di Cape Town) merupakan bekas pemain bola sepak Afrika Selatan kali terakhir bermain sebagai penyerang untuk Bloemfontein Celtic. Dia sekarang merupakan pembantu pengurus Golden Arrows di Afrika Selatan.

Shaun Bartlett
Maklumat peribadi
Nama penuh Thurston Shaun Bartlett
Tarikh lahir (1972-10-31) 31 Oktober 1972 (umur 51)
Tempat lahir Cape Town, Afrika Selatan
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Penyerang (bersara)
Kerjaya remaja
Norway Parks
Vasco Da Gama
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–1995 Cape Town Spurs 116 (48)
1996–1997 Colorado Rapids 36 (9)
1997 MetroStars 13 (2)
1997–1998Cape Town Spurs (pinjam) 18 (8)
1998–2000 FC Zürich 77 (27)
2000–2006 Charlton Athletic 123 (24)
2006–2008 Kaizer Chiefs 31 (11)
2008–2009 Bloemfontein Celtic 8 (0)
Jumlah 422 (129)
Pasukan kebangsaan
1995–2005 Afrika Selatan 74 (28)
Pasukan diurus
2012- Golden Arrows (pembantu pengurus)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 April 2009
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 April 2009

Kehidupan awal sunting

Dibesarkan oleh neneknya di Factreton, Cape Flats, Bartlett mula bermain bola sepak untuk pasukan gerejanya. Dia juga berbakat dalam sukan kriket.

Karier kelab sunting

Bartlett memulakan kariernya bersama Cape Town Spurs sebelum berpindah ke kelab Major League Soccer, Colorado Rapids pada musim 1996. Pada pertengahan musim 1997, dia berpindah ke MetroStars pada 10 Julai.[1] Bartlett meninggalkan MLS dan kembali ke negara asalnya. Dia kemudiannya dipinjamkan ke FC Zürich dan berpindah ke sana secara tetap pada tahun 1998. Dia kemudiannya dipinjamkan kepada Charlton Athletic pada tahun 2000,[2] dan berpindah secara tetap pada tahun 2001 dengan perjanjian bernilai £2 juta.[3] Bartlett memenangi anugerah Gol Terbaik Musim Liga Perdana Inggeris pada musim 2000-01 untuk golnya ketika menentang Leicester City.[4] Dia dilepaskan oleh kelab itu pada bulan Mei 2006. Dia kemudiannya menyertai Kaizer Chiefs dan pada musim panas tahun 2008, dia bersara daripada bola sepak profesional. Dia kemudiannya kembali bermain bola sepak untuk Bloemfontein Celtic.[5]

Karier antarabangsa sunting

Bartlett membuat penampilan sulung penuh pertamanya ketika perlawanan persahabatan menentang Lesotho pada 26 April 1995. Dia merupakan penjaring kedua terbanyak dalam sejarah dibelakang Benni McCarthy untuk pasukan kebangsaan Afrika Selatan, dengan 28 gol daripada 74 penampilan. Dia membantu negaranya ke Piala Negara-Negara Afrika 1996 dan bermain ketika Piala Dunia FIFA 1998 dimana dia menjaringkan dua gol.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 1995-11-24 Mmabatho, Afrika Selatan   Mesir 2-0 2-0 Piala Empat Negara
2 1995-11-26 Johannesburg, Afrika Selatan   Zimbabwe 1-0 2-0 Piala Empat Negara
3 1995-11-26 Johannesburg, Afrika Selatan   Zimbabwe 2-0 2-0 Piala Empat Negara
4 1996-01-31 Johannesburg, Afrika Selatan   Ghana 2-0 3-0 Piala Negara-Negara Afrika
5 1996-06-15 Johannesburg, Afrika Selatan   Malawi 1-0 3-0 Kelayakan Piala Dunia
6 1996-06-15 Johannesburg, Afrika Selatan   Malawi 3-0 3-0 Kelayakan Piala Dunia
7 1997-10-11 Lens, Perancis   Perancis 1-0 1-2 Persahabatan
8 1998-05-20 Johannesburg, Afrika Selatan   Zambia 1-1 1-1 Persahabatan
9 1998-06-24 Bordeaux, Perancis   Arab Saudi 1-0 2-2 Piala Dunia FIFA
10 1998-06-24 Bordeaux, Perancis   Arab Saudi 2-2 2-2 Piala Dunia FIFA
11 1998-10-03 Johannesburg, Afrika Selatan   Angola 1-0 1-0 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
12 1999-02-27 Mabopane, Afrika Selatan   Gabon 3-1 4-1 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
13 2000-01-23 Kumasi, Ghana   Gabon 2-1 3-1 Piala Negara-Negara Afrika
14 2000-01-23 Kumasi, Ghana   Gabon 3-1 3-1 Piala Negara-Negara Afrika
15 2000-01-27 Kumasi, Ghana   Republik Demokratik Congo 1-0 1-0 Piala Negara-Negara Afrika
16 2000-02-02 Kumasi, Ghana   Algeria 1-0 1-1 Piala Negara-Negara Afrika
17 2000-02-12 Accra, Ghana   Tunisia 1-0 2-2 Piala Negara-Negara Afrika
18 2000-04-08 Maseru, Lesotho   Lesotho 1-0 2-0 Kelayakan Piala Dunia
19 2000-04-23 Bloemfontein, Afrika Selatan   Lesotho 1-0 1-0 Kelayakan Piala Dunia
20 2000-12-16 Johannesburg, Afrika Selatan   Liberia 1-0 2-1 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
21 2001-01-27 Rustenburg, Afrika Selatan   Burkina Faso 1-0 1-0 Kelayakan Piala Dunia
22 2001-05-05 Johannesburg, Afrika Selatan   Zimbabwe 1-0 2-1 Kelayakan Piala Dunia
23 2001-11-10 Johannesburg, Afrika Selatan   Mesir 1-0 1-0 Cabaran Nelson Mandela
24 2002-11-19 Johannesburg, Afrika Selatan   Senegal 1-0 1-1 Cabaran Nelson Mandela
25 2003-06-22 Polokwane, Afrika Selatan   Côte d'Ivoire 1-0 2-1 Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
26 2004-07-03 Johannesburg, Afrika Selatan   Burkina Faso 2-0 2-0 Kelayakan Piala Dunia
27 2004-11-17 Johannesburg, Afrika Selatan   Nigeria 1-0 2-1 Cabaran Nelson Mandela
28 2005-09-07 Bremen, Jerman   Jerman 1-1 2-4 Persahabatan

Kejayaan sunting

Kelab sunting

  FC Zürich

  Kaizer Chiefs

Antarabangsa sunting

  Afrika Selatan

Rujukan sunting

  1. ^ "MetroStars Trade for Bartlett, A Forward." New York Times, 11 July 1997. Retrieved 24 February 2013.
  2. ^ "Bartlett bound for the Valley". BBC Sport. 2000-11-24. Dicapai pada 2007-10-28.
  3. ^ "Bartlett bound to The Valley". BBC Sport. 2001-05-22. Dicapai pada 2007-10-28.
  4. ^ "Bartlett wins Goal of the Season". BBC Sport. 2001-05-15. Dicapai pada 2007-04-22.
  5. ^ "Bartlett set to join Celtic". supersport.com. 2008-11-08. Dicapai pada 2009-05-01.