Dalam mitos Cina, Shenlong (Cina ringkas: 神龙Cina tradisional: 神龍pinyin: shén lóngWade-Giles: shen-lung; secara harfiahnya "naga dewa", Jepun: 神竜 Shinryū) ialah seekor naga yang menguasai ribut dan membawa hujan. Ia sama kebesarannya dengan naga samawi iaitu Tianlong.

Naga-naga ini bersisik biru langit dan menguasai angin, awan dan hujan yang diharapkan oleh kegiatan pertanian.[1][2] Masyarakat Cina tradisional berjaga-jaga supaya tidak menyinggung naga-naga ini, kerana kalau naga-naga ini berasa marah atau tersisih, akibatnya cuaca buruk, kemarau, banjir atau ribut petir.

Selain itu, Shenlong mendapat tempat istimewa pada jubah kebesaran maharaja China. Ia bercakar lima, maka ia juga naga diraja.

Rujukan sunting

  1. ^ Shuker, Karl. (1995). Dragons. A Natural History. Simon & Schuster, New York 1995, ISBN 0-684-81443-9, p. 89
  2. ^ Guter, Josef. (2004). Lexikon der Götter und Symbole der Alten Chinesen. Marix Verlag, Wiesbaden 2004, ISBN 3-937715-04-5, p. 106

Sumber sunting

  • Karl Shuker: Dragons. A Natural History. Simon & Schuster, New York 1995, ISBN 0-684-81443-9, p. 89

Pautan luar sunting