Shukery Hashim

Bekas pelakon veteran Malaysia

Shukery Hashim (25 Oktober 1954 – 10 Jun 2009) merupakan pelakon lelaki Malaysia yang banyak bergiat aktif dalam drama dan filem.

Shukery Hashim
Kelahiran(1954-10-25)25 Oktober 1954
Meninggal dunia10 Jun 2009(2009-06-10) (umur 54)
Sebab kematianKanser pankreas
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Keramat Ampang, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1975–2009
PasanganFaridah Mat Desa
Anak-anak5

Kehidupan peribadi sunting

Shukery dilahirkan pada 25 Oktober 1954 di Kg Ewa Ayer Hangat Pulau Langkawi, Kedah.[1] Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Beliau berkahwin dengan Faridah Mat Desa dan mempunyai 5 orang anak.

Kerjaya sunting

Shukery mula berlakon pada 1982. Beliau terbabit dalam drama radio pada 1975 di RTM. Drama lakonannya ialah Azimah (di samping Uji Rashid), Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Kematian sunting

Shukery Hashim meninggal dunia pada 10 Jun 2009, 1.15 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Selangor akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu. Jenazah beliau dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang Selangor.[2]. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, Ampang.

Filemografi sunting

Drama sunting

 
Bergandingan dengan Noorkumalasari dalam Rahsia

Telefilem sunting

  • Iktiraf (1986)
  • Keranamu Kekasih (1992)
  • Zaharul vs Zarina (2004)
  • Zaharul vs Zarina II (2005)
  • Cinta Keropok Lekor (2008)

Filem sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting