Sideros (Bahasa Yunani Kuno: σίδηρος, sídēros, bermaksud "besi") ialah nama untuk tempoh geologi pertama dalam Era Paleoproterozoik dan bermula sejak 2500 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 2300 jtd. Tarikh ini ditakrifkan secara kronometrik bukannya berdasarkan stratigrafi.

Sideros
2500 – 2300 Ma
</noinclude>
Rekonstruksi benua Bumi sewaktu pertengahan tempoh Sideros, sekitar 2.4 Ga.
Formasi jalur besi tempoh Sideros di Dales Gorge, Australia Barat
Tanggapan artis tentang Bumi semasa pengglasieran Huron, bermula sejak pertengahan tempoh Sideros
Kronologi
Pentakrifan semula yang dicadangkan2630–2420 Ma
Gradstein et al.
Penurunan pengelasan dicadangkanNeoarkean
Gradstein et al.
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrif secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991[1]
Takrif sempadan atasDitakrif secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA1991[1]

Pemendapan formasi besi berjalur memuncak pada awal tempoh ini. Formasi kaya besi ini terbentuk disebabkan sianobakteria anaerobik menghasilkan sisa oksigen yang digabungkan dengan besi, membentuk magnetit (Fe3O4, besi oksida). Proses ini mengeluarkan besi daripada lautan Bumi, sehingga berkemungkinan menyebabkan warna lautan menjadi kehijauan yang jelas. Akhirnya, dengan ketiadaan saki-baki besi di lautan untuk berfungsi sebagai sinki oksigen, proses itu membenarkan pembentukan atmosfera yang kaya dengan oksigen. Peristiwa susulan ini dikenali sebagai malapetaka oksigen dan sesetengah ahli geologi percaya bahawa ia juga mencetuskan pengglasieran Huron.[2][3]

Tempoh masa yang bermula sejak 2420 jtd sehingga ke 2250 jtd ditakrifkan dengan baik melalui pinggiran bawah pada lapisan mendapan besi, dan disebabkan inilah terdapat nama alternatif untuk tempoh ini yakni tempoh Oksigen. Nama "Oksigen" yang berdasarkan stratigrafi dan bukannya kronometrik ini telah dicadangkan pada semakan tahun 2012 pada skala masa geologi.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Plumb, K. A. (June 1, 1991). "New Precambrian time scale". Episodes. 14 (2): 139–140. doi:10.18814/epiiugs/1991/v14i2/005.
  2. ^ Kasting, James F.; Ono, Shuehi (2006). "Paleoclimates: The First Two Billion Years". Philosophical Transactions: Biological Sciences. 361 (1470): 917–929. doi:10.1098/rstb.2006.1839. JSTOR 20209693. PMC 1868609. PMID 16754607.
  3. ^ Kopp, Robert E.; Kirschvink, Joseph L.; Hilburn, Isaac A.; Nash, Cody Z. (2005). "The Paleoproterozoic Snowball Earth: A climate disaster triggered by the evolution of oxygenic photosynthesis" (PDF). PNAS. 102 (32): 11131–11136. doi:10.1073/pnas.0504878102. PMC 1183582. PMID 16061801.
  4. ^ Gradstein, F. M.; dll., penyunting (2012). The Geologic Time Scale 2012. 1. Elsevier. m/s. 361–365. ISBN 978-0-44-459390-0.