Siti Surianie Julkarim

Siti Suriane Julkarim (14 November 1985 - 21 Mac 2010) atau lebih dikenali sebagai Yanie, merupakan salah seorang peserta rancangan realiti Mentor musim pertama. Beliau meninggal dunia pada pukul 1.15 tengah hari pada 21 Mac 2010 di Hospital Keningau, Sabah akibat ketumbuhan paru-paru.

Yanie
Kelahiran
Siti Suriane binti Julkarim

(1985-11-14)14 November 1985
Meninggal dunia21 Mac 2010(2010-03-21) (umur 24)
Sebab kematianKetumbuhan paru-paru
Nama lainYanie, Yanie Mentor
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2005–2010
PasanganIrfin Abdul Manan (k. 2007; m. 2010)
Anak-anak1

Kehidupan peribadi sunting

Allahyarhamah menderita penyakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari 2010.

Yanie merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin (lahir 2008), ketika itu hanya berusia 2 tahun.[1]

Beliau merupakan peserta Mentor yang pertama dan salah seorang daripada empat peserta rancangan itu yang meninggal dunia.[2] Tiga yang lain termasuk Alif Johan pada 2019, Sandra Dianne pada 2020 dan Camellus De'lelli Anam pada 2023.

Kerjaya sunting

Yanie mula menyanyi sejak berusia 5 tahun dan pernah menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai. Beliau juga pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.

Beliau juga pernah menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004. Yanie ​​mengambil bahagian dalam pertandingan bakat Mentor yang disiarkan di TV3 untuk musim pertama pada tahun 2005 dan beliau dibimbing oleh Ning Baizura sekaligus memenangi tempat ketiga.

Kerjaya lakonan beliau bermula dengan memegang watak Wanda dalam sitkom Fara lakonan Fara Fauzana. Beliau juga pernah muncul dengan lagu "Drama" bersama Nikki Palikat dan Ning Baizura serta lagu "Saling Terpesona" bersama Diddy.

Diskografi sunting

Single sunting

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Acara Peranan Saluran TV Catatan
2005 Mentor Musim 1 Peserta TV3 Protege kepada Ning Baizura.

Drama TV sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Fara Wanda TV3 Drama tunggal lakonan beliau.

Pencapaian sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting