Slogan

moto atau frasa yang digunakan dalam pengiklanan atau tujuan lain

Slogan adalah moto atau frasa yang dipakai untuk memperkenalkan tema politik, komersil, agama, dan lainnya, sebagai tema, idea atau tujuan kepada orang ramai atau suatu khalayak yang lebih jelas. Sesebuah slogan itu biasanya bersifat tepat, boleh diingati, serta menarik perhatian penonton[1] dalam suatu ungkapan yang pendek. Oleh sebab itu, sesuatu slogan yang hendak dibuat itu harus senang diingati serta juga mewakilkan idea-idea yang ingin disampaikan sesebuah jenama atau organisasi secara ringkas lagi padat dan menarik bagi golongan yang ingin disasarkan mereka.

Kata "slogan" merupakan pinjaman bahasa Inggeris yang sendirinya diambil daripada istilah bahasa Ireland iaitu sluagh-ghairm (disebut [sloa gaim]) yang bererti "teriakan bertempur".

Rujukan sunting

  1. ^ Lim, L.; Loi (2015). "Evaluating slogan translation from the readers' perspective: A case study of Macao". Babel.