Small Town Heroes (Bahasa Cina: 英雄假期) ialah sebuah filem drama komedi Malaysia 2022 arahan Ryon Lee. Ia mengisahkan tentang dua kanak-kanak di rumah anak yatim, Hero dan Ah Feng yang memulakan perjalanan bersama tiga orang dewasa untuk mencari ibu Hero apabila dia tidak datang menjemputnya seperti yang dijanjikan.[1]

Small Town Heroes
英雄假期
PengarahRyon Lee
Dibintangi
  • Jack Lim
  • Layla Sania
  • Phua Chandler
  • Roger Shak
  • Yuan Teng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 03 Februari 2022 (2022-02-03)
Masa tayangan
113 minit
NegaraMalaysia
BahasaMandarin
Kantonis
Melayu

Filem ini menerima ulasan positif. Ia ditayangkan pada 3 Februari 2022 di Malaysia.[2][3][4] Ia dibintangi oleh Jack Lim, Layla Sania, Phua Chandler, Roger Shak dan Yuan Teng.

Ia merupakan salah satu daripada lima filem Tahun Baharu Cina Malaysia dan Singapura 2022, termasuk Nasi Lemak 1.0 dan Kongsi Raya (Malaysia), Ah Girls Go Army dan Reunion Dinner (Singapura).[5][6][7]

Sinopsis sunting

Semasa pandemik, seorang lelaki muda kembali ke kampung halamannya selepas kuarantin, mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya 10 tahun lalu......

Kisahnya bermula apabila Hero seorang pendiam, yang berasal dari bandar, diatur oleh ibunya dan berpindah sementara ke rumah anak yatim Rumah Kebahagiaan di kampung. Di sana, dia bertemu seorang lagi kanak-kanak, Ah Feng yang bertenaga. Kedua-duanya menjadi kawan rapat, dan melakukan pelbagai pengembaraan. Apabila ibu Hero tidak menjemputnya seperti yang dijanjikan, Ah Feng mencadangkan Hero melarikan diri ke Pulau Pinang untuk mencari ibunya. Jadi, kedua-dua budak itu, bersama tiga orang dewasa, guru rumah anak yatim yang prihatin Cikgu Aishah, pemandu penghantaran dan bapa Ah Feng Zhong Wu, penjual durian kampung Gua Qing, memulakan perjalanan untuk mencari ibu Hero di Pulau Pinang.[8]

Pelakon sunting

  • Jack Lim sebagai Zhong Wu
  • Layla Sania sebagai Cikgu Aishah
  • Phua Chandler sebagai Ah Feng
  • Roger Shak sebagai Hero
  • Yuan Teng sebagai Gua Ting
  • Eric Lim
  • MayJune
  • Fauziah Nawi
  • Lim Ching Miau

Penerbitan sunting

Filem ini diarahkan oleh Ryon Lee, yang pernah menulis skrip filem The Journey (2014). Penggambaran dijalankan di Pulau Pinang, termasui Seberang Perai. Penggambaran dijalankan pada hujung 2020 di pelbagai lokasi seperti George Town dan Frog Hill, Tasek Gelugor.[9][10] Ia juga menampilkan detik terakhir Penang Ferry, yang telah menamatkan operasinya pada Disember 2020.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysian CNY film 'Small Town Heroes' showcases heart-warming story about friendship". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-03.
  2. ^ "Film review: Small Town Heroes – bring a box of tissues to this uplifting comedy-drama". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). 2022-02-03.
  3. ^ "Film review: Small Town Heroes (Malaysia)". Ayuarjuna. Dicapai pada 2022-02-03.
  4. ^ "Film review: Small Town Heroes". Bella Jamal. Dicapai pada 2022-02-03.
  5. ^ "Malaysia CNY 2022: 7 Exciting Chinese New Year Movies To Catch In Cinemas". Hype Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-21.
  6. ^ "9 Movies to Watch in Cinemas Over Chinese New Year". Tatler Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-02.
  7. ^ "7 Hilarious Movies To Watch For A Cheery Chinese New Year". Yoodo Malaysia (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "Official Main Trailer of Small Town Heroes". Youtube.
  9. ^ "Ryon Lee pays tribute to "Sepet" in new CNY movie". Yahoo Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-03.
  10. ^ "Tonjol kisah anak yatim". Harian Metro. 2022-01-29.
  11. ^ "Press Conference of Small Town Heroes". Oriental Daily (dalam bahasa Cina). 2022-01-20. Dicapai pada 2022-02-03.

Pautan luar sunting