Sobhuza II dari Swaziland

Sobhuza II, (juga dikenali sebagai Nkhotfotjeni Mona). Baginda diputerakan pada 22 Julai 1899 dan mangkat pada 21 Ogos 1982.[1] Baginda merupakan ketua paling utama dan kemudiannya ditabalkan menjadi Raja Swaziland selama 82 tahun. Pemerintahan baginda merupakan yang paling lama di dalam sejarah monarki seluruh dunia.

Sobhuza II
Raja Swaziland
Pemerintahan10 Disember 1899 – 21 Ogos 1982
Kemahkotaan22 Disember 1921
Didahului olehNgwane V
Diikuti olehMswati III
Perdana Menteri
Keputeraan(1899-07-22)22 Julai 1899
Zombodze, Swaziland
Kemangkatan21 Ogos 1982(1982-08-21) (umur 83)
Mbabane, Swaziland
Pasangan70 isteri
Anakanda210 anak
KerabatIstana Dlamini
AyahandaNgwane V
BondaLomawa Ndwandwe

Kehidupan awal sunting

Sobhuza dilahirkan pada 22 Julai 1899 di kediaman diRaja Zombodze. Baginda merupakan abakanda kepada Inkhosikati Lomawa Ndwandwe (Raja Ngwane V). Ketika baginda berusia 4 bulan, ayahandanya trlah mangkat ketika sedang menari incwala. Sobhuza telah dipilih sebagai raja yang baharu menggantikan Ngwane V. Tetapi tugas pemangku raja telah dipangku oleh nendanya, Labotsibeni dan bapa saudaranya, Putera Malunge sehingga baginda mencapai umur matang pada tahun 1921.

Pemerintahan sunting

Sobhuza memerintah kerajaan Swaziland selepas mencapai kemerdekaan sehingga di hari kematiannya pada tahun 1982. Tempatnya digantikan oleh Mswati III, putera keduanya dalam kalangan 67 orang putera-putera yang lain. Mswati III merupakan anakanda dari salah seorang isteri muda baginda, Inkhosikati Ntfombi Tfwala, selepas kemangkatannya, salah seorang isterinya (Ntombi Tfwala) diangkat menjadi Ratu Pemangku sehingga Mswati III ditabalkan menjadi raja pada 25 April 1986.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Ngwane V
Raja Swaziland
1921-1982
Diikuti oleh:
'