Sophie Ellis-Bextor

Sophie Michelle Ellis-Bextor (lahir 10 April 1979) ialah penyanyi, penulis lagu dan model Inggeris. Beliau mula terkenal pada akhir 1990-an, sebagai penyanyi utama kumpulan rock indie Theaudience. Selepas kumpulan itu dibubarkan, Ellis-Bextor memulakan kerjaya muzik secara solo, mencapai kejayaan yang meluas pada awal tahun 2000an. Muziknya ialah campuran pop arus perdana, disko, nu-disco, dan pengaruh elektronik 1980-an.

Sophie Ellis-Bextor
Ellis-Bextor di Anugerah Televisyen Akademi British 2015
Kelahiran
Sophie Michelle Ellis-Bextor

(1979-04-10) 10 April 1979 (umur 45)
London, England
WarganegaraBritish
Nama lain
  • The Dance Queen
  • Mademoiselle EB
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • model
Tahun aktif1997–kini
PasanganRichard Jones (k. 2005)
Anak-anak5
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
  • piano
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman web rasmisophieellisbextor.net

Album solo pertamanya, Read My Lips, dikeluarkan pada September 2001. Album ini mencapai nombor dua di Carta Album UK and menerima pensijilan platinum berganda oleh British Phonographic Industry (BPI).[1][2] Ia menjadi kejayaan komersial antarabangsa, terjual sebanyak 2 juta unit serata dunia.[3] Ia menghasilkan empat single, tiga daripadanya mencapai kedudukan teratas di UK.[1] Pada tahun 2003, Read My Lips memenangi Anugerah Edison untuk "Best Dance Album".[4] Album kedua Ellis-Bextor, Shoot from the Hip, dikeluarkan pada Oktober 2003. Album ini mencapai nombor 19 di UK dan dua single telah dikeluarkan.[1] Trip the Light Fantastic, album ketiganya, dikeluarkan pada Mei 2007 dan mencapai nombor 7 di UK.[1] Tiga lagu dalam album ini dikeluarkan sebagai single, salah satunya mencapai 10 teratas di UK.[1]

Diskografi sunting

Album studio

  • Read My Lips (2001)
  • Shoot from the Hip (2003)
  • Trip the Light Fantastic (2007)
  • Make a Scene (2011)
  • Wanderlust (2014)
  • Familia (2016)

Jelajah sunting

Utama

  • 2002–2003: "Read My Lips Tour" (United Kingdom dan Eropah)
  • 2009–2010: "Straight to the Heart 2010 Tour" (United Kingdom, Eropah, Asia and USA)[5]
  • 2014: "Wanderlust Tour" (United Kingdom)[6]
  • 2017: "Familia Tour" (United Kingdom)[7]
  • 2019: "The Song Diaries Tour"

Undangan

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "UK Top 40 Hit Database". everyHit.com. Retrieved 24 November 2008. Note: User must define 'Name of Artist' search parameter as "Sophie Ellis-Bextor".
  2. ^ "British sales certification for Read My Lips". British Phonographic Industry. 21 June 2002. Retrieved 24 November 2008.
  3. ^ "Bex is Back!" Diarkibkan 6 April 2012 di Wayback Machine. NME. 11 September 2003. Retrieved 24 November 2008.
  4. ^ "The Edison Music Awards". Dutch Rock & Pop Institute. Retrieved 24 November 2008.
  5. ^ "Sophie Ellis-Bextor – Straight to the Heart 2010 tour". O2academyislington.co.uk. 21 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-30. Dicapai pada 17 August 2010.
  6. ^ "Sophie Ellis-Bextor". Dicapai pada 22 May 2016.
  7. ^ "Sophie Ellis-Bextor (Familia Tour)". Dicapai pada 28 February 2017.
  8. ^ "Sophie Ellis-Bextor to support Pet Shop Boys on tour". Petshopboys.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2010. Dicapai pada 17 August 2010.

Pautan luar sunting