Soroku Murata (Bahasa Jepun 無量塔 蔵六; nama sebenarnya Shōichirō Murata, Jepun 村田 昭一郎; [1] * 4 Mac 1927 di Tokyo, † 30 Januari 2020 di Tokyo) ialah pembuat biola pertama di Jepun dengan kelulusan Sijil diploma tokoh kraf pertukangan dari German.

kehidupan sunting

Soroku Murata dilahirkan pada 4 Mac tahun 1927, di Oi-machi, Ebara-gun, Tokyo . [2] [3] Beliau telah lulus dari Sekolah Menengah Rendah Dokkyō dengan kedudukan dalam kelas ke-55. [2] [3] [4]

Murata mengambil langkah mengikuti bapa saudaranya untuk mejadi pekerja kilang sebagai usaha untuk mengelakkan diri daripada didaftarkan menjadi askar semasa Perang Dunia II. Semasa bekerja, dia telah menunjukkan bakatnya dalam kemahiran pertukangan dan disebabkan itu beliau ditugaskan untuk pertukangan logam. [5] [6] Selepas perang dunia tamat, beliau telah menjadi ahli untuk beberapa kumpulan muzik seperti Kyoto Opera Company Orkestra pada tahun 1947, Dewan Tarian Shimbashi Florida pada tahun 1949, dan Orkestra Hospital di Kelab Pegawai Tentera Amerika. Walau bagaimanapun, selepas perang dunia kedua tamat, ramai ahli pemuzik profesional telah selesai dengan perkhidmatan perang mereka dan kembali menyertai semula kelab kumpulan muzik. Disebabkan itu, dia telah kehilangan pekerjaannya. [2] [3] [7]

Pada tahun 1951 beliau menjadi otodidak (belajar sendiri) dalam kemahiran pembuatan biola serta pembaikan. [2] Dia mempelajari cara penggunaan alatan profesional daripada Mitsugu Ōta yang merupakan seorang tukang kayu pada masa itu yang kemudiannya pakar dalam membuat papan bunyi piano. [8]

Pada tahun 1955, beliau menyertai kumpulan penyelidikan Noboru Nagasako di Institut Teknologi Tokyo untuk belajar akustik untuk pembuatan biola. [3] Pada tahun 1962, dengan sokongan Nagasako [3] dan Alfred Leicht, seorang pembuat biola dari Berlin sebagai penjamin, [9] dia mendaftar di Staatliche Musikinstrumentenbauschule, sebuah sekolah pertukangan alat muzik di Mittenwald, Bavaria. Sebagai orang Jepun yang pertama di sekolah tersebut, Murata lulus peperiksaan tokoh tukang biola pada tahun 1963, dan kemudiannya kembali ke Jepun pada tahun 1964. [2] [3] [9]

 
 

Pada tahun 1956, beliau telah menjadi salah seorang ahli lembaga Persatuan Pengilang Instrumen String Jepun. [2]

Murata juga telah menjadi ahli Persatuan Pembuat Violin Jerman (VdG) pada tahun 1968. Beliau merupakan orang Jepun yang pertama yang berbuat demikian. [10]

Pada tahun 1974, beliau telah ditugaskan oleh Persatuan Gagaku Jepun untuk memulihkan kecapi Kugo, [5] sebuah alat muzik kecapi yang digunakan pada konsert awam ke-13 Persatuan di Teater Kebangsaan pada 17 Disember tahun yang sama. Bunyi kecapi dari kecapi Kugo tersebut tidak kedengaran selama 1200 tahun sebelumia dibaiki oleh Murata. [11]

Pada tahun 1976, beliau memenangi pingat emas dalam pertandingan membuat biola anjuran Persatuan Violin Amerika sempena Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ke dua ratus. [3]

Pada 2 April tahun 1979, Murata telah membuka sebuah Sekolah Pembuatan Violin di Tokyo. Sekolah tersebut terletak di rumah persendiriannya, untuk melatih penggantinya. [3] [12]

Pada tahun 1986, beliau merupakan orang pertama dari Asia yang menjadi ahli Entente International des Luthiers et Architiers (EILA, singkatan untuk Persatuan Pembuat Violin dan Bow Antarabangsa. Bahasa asal: Entente Internationale des Maitres Luthiers et Archetiers d'Art (EILA) ). [13]

Beliau merupakan ahli juri tetap untuk Pertandingan Membuat Violin Antarabangsa Prague (tahun 1986-1993), Pertandingan Membuat Violin Antarabangsa Henryk Wieniawski (tahun 1986-2001), Pertandingan Tchaikovsky Antarabangsa (tahun 1986-2002), Pertandingan Rentetan Antarabangsa Sofia (tahun 1987-1996), dan ahli juri Pertandingan Long-Thibaud-Crespin pada tahun 1990. [9]

Pada Julai tahun 1998, beliau telah menjadi ahli kehormat untuk Persatuan Pembuat Instrumen String Jepun. [9]

Pada Mac tahun 2007, pada usia 80 tahun, dia telah menutup sekolah pembuatan biolanya di Tokyo. [9]

Pada 30 Januari tahun 2020, beliau telah meninggal dunia akibat penyakit kanser. Beliau berusia 92 tahun semasa beliau meninggal dunia. Upacara pengebumian beliau telah diadakan pada 6 Februari tahun yang sama. [1] [14]

Trivia sunting

  • Inspirasi untuk nama samarannya Soroku Murata (無量塔 蔵六) berasal daripada moyangnya, yang merupakan pengikut Soroku Murata (Jepun 村田蔵六, nama sebenarnya Masujirō Ōmura; Jepun 大村益次郎). [7]
  • Murata mempunyai minat terhadap motosikal. [15]
  • Lepasan pelajar sekolah membuat biola Murata akan menerima status sebagai tukang kembara Jerman apabila berjaya menamatkan pengajian mereka di sekolah tersebut. Lepasan pelajar dari sekolah tersebut juga layak untuk peperiksaan tokoh tukang (Meisterprüfung) dengan bekerja di bawah seorang tukang tukang Jerman selama tempoh tiga tahun. [16]

Penerbitan sunting

Buku sunting

  • Baiorin [The Violin]. Nihon Gakki. March 1965.
  • Vaiorin [The Violin]. Iwanami Shinsho 921. Iwanani Shoten. February 1975. ISBN 9784004140580.
  • Vaiorin wo yomu hon – Motto shiritai Vaiorin no hanashi [Violins. A book for those who want to know more.]. Soroku Murata, Hiroshi Kawabata. To-on. August 1998. ISBN 9784636208757.CS1 maint: others (link)

Artikel sunting

  • "Vaiorin zukuri no Oyagata, Shūgyō Jidai [Apprenticeship years of a master violin maker]". Geijutsu Shinchō. Shinchōsha. 15 (3): 130–132. March 1964.
  • "Vaiorin to Mokuzai [The Violin and the Wood]". Mokuzai Kōgyō. Nihon Mokuzai Kakō Gijutsu Kyōkai. 20 (2): 75–79. February 1965.
  • "Nihon Mokuzai Kakō Gijutsu Kyōkai". Kagaku Asahi. Asahi Shimbunsha. 26 (10): 83–86. October 1966.
  • "Vaiorin no Meiki to sono Shūhen. Vaiorin Seisakusha no Ichigen [Famous violins and their context. A word from a violin maker]". Ongaku No Tomo. Ongaku no Tomosha. 32 (7): 114–116. June 1974.
  • "Nihonjin ha Kiyō deha arimasen. Kokiyō nano desu. [Japanese are not craftsman specialists. But they are skillful generalists]". Ginō to Gijutsu. Shokugyō Nōryoku Kaihatsu Gijutsu Zasshi. Koyō Mondai Kenkyūkai. 1975 (4): 1. June 1975.
  • "Mai Supiikā wo kataru [Talking about my speakers]". Rajio Gijutsu. Aiē Shuppan, Inpuresu. 31 (2): 179–187. January 1977.
  • "Watashi no Shūgyō Jidai. Nishi Doitsu no Totei Seido [My apprenticeship years. The training system in West Germany.]". Bōsei. Tōkai Kyōiku Kenkyūjo. 8 (2): 58–65. February 1977.
  • "Shin, Vaiorin Dangi [Updated version: Sermon on the violin]". Kyōiku Ongaku. Ongaku no Tomosha. 21 (9): 26–28. September 1977.
  • "Vaiorin Seisakusha ga tsukuru Ōdio no Sekai [The acoustic universe created by a violin maker.]". Rajio Gijutsu. Aiē Shuppan, Inpuresu. 33 (2): 32–33. January 1979.
  • "Maisutā Seido no Chōsho to Nihon no Kantokusha [Advantages of the German Master System and Japanese supervisors.]". Sangyō Kunren. Nihon Sangyō Kunren Kyōkai. 25 (10): 2–17. October 1979.
  • "Murata Soroku, Chiyonobu Takashi: Taiwa. Ongaku, Ningen, Kyōiku [Murata Soroku, Chiyonobu Takash: Exchange of opinions. Music, Human Beings, Education.]". Kyōiku Ongaku. Ongaku no Tomosha. 35 (7). June 1980.
  • "Gakki no hanashi (II) Gengakki [Talks about music (II): stringed instruments]". Nihon Onkyōgaku Gakkaishi. Nihon Onkyōgaku Gakkai. 36 (8): 414–418. August 1980.
  • "Chūkohin [Used Goods]". Tashikana Me. Kokumin Seikatsu Sentā no Kurashi to Shōhin Tesuto no Jōhōshi. Kokumin Seikatsu Sentā (11): 49. November 1982.
  • "Nipponjin'83 [The Japanese in *83]". Shūkan Gendai. Kōdansha. 25 (8): 80–84. February 1983.
  • "Vaiorin [The Violin]". Konsensasu. Konsensasu Henshūbu. 1983 (9): 10–11. September 1983.
  • "Murata Soroku, Tanahashi Yūji: Shokuningei ga Geijutsu ni Shōka suru Toki (Kokoro wo kataru) [Murata Soroku, Tanahashi Yūji: When craft sublimates into art (spoken from the heart).]". Tsūsan Jānaru. Tsūshō Sangyō Chōsakai. 17 (7): 78–85. June 1984.
  • "Vaiorin ni umorete shinitai [I want to pass away buried in violins.]". Rikurūto Kyaria Gaidansu. Rikurūto. 23 (1): 60–65. January 1991.
  • "Vaiorin ni mochiirareru Sozai [Materials used for Violins]". Shinsozai. Nihon Kōgyō Shuppan. 3 (11): 50–53. November 1992.
  • "Vaiorin Seisaku Mini Gaishi [An unofficial Mini-History of Violin Making]". Kenchiku Zasshi. Nihon Kenchiku Gakkai (1341): 14. April 1993.
  • "Vaiorin wo tsukuru Zaimoku [Wood used for violins]". Bōsei. Tōkai Kyōiku Kenkyūjo. 25 (1): 24–27. January 1994.
  • "Kono Hito ni kiku "Ii Oto wo dasu Baiorin ha mitame mo Ereganto desu." [Ask this person. "A violin that sounds good also looks elegant."]". Kyōiku jihō. Tōkyōto Shinkyōiku Kenkyūkai (571): 11–14. August 1995.
  • "Gengakki no Rekiji (1) ~Tanjō (?) kara Kuremona ha no Shutsugen made [History of strings (1): from the origin (?) to the appearance of the Cremona school.]". Ongaku Gendai. Geijutsu Gendaisha. 34 (8): 87–89. August 2004.

Sumber sunting

  1. ^ a b "日本人初のヴァイオリン製作マイスター、無量塔蔵六さん死去". [Japan's first master craftsman violin maker, Murata Soroku, passes away]". Yomiuri Shimbun. 2020-02-04. Dicapai pada 2020-08-16.
  2. ^ a b c d e f ""プロフィール" ["Profile"]". ヴァイオリンアトリエオカノ [Violine Studio Okano]. Dicapai pada 2020-08-16.
  3. ^ a b c d e f g h "師の相貌 無量塔蔵六(ヴァイオリン製作者)[Face of the master. Murata Zoroku (violin maker)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2021-05-10.
  4. ^ Inokuma, Takeo (2018-06-05). "名門高校の校風と人脈 291 独協高校(私立・東京都文京区)[School culture and personal networks at prestigious high schools, 291. Dokkyo High School (Private, Bunkyo-ku, Tokyo)]". Ekonomisuto. Mainichi Shimbun Shuppan. 96 (22): 42–43.
  5. ^ a b "「ひと 天平のハープ「くご(箜篌)」を復元した 無量塔蔵六」[Person. Soroku Murata, who restored the kugo harp from the Tenpyō period.]". Asahi Shimbun. 1974-12-16. m/s. 3.
  6. ^ "西ドイツと私 職人気質も東西で違い バイオリンづくりを修行の 無量塔蔵六氏[West Germany and I: Differences in craftsmanship between East and West. Soroku Murata, trained violin maker.]". Asahi Shimbun. 1978-03-27. m/s. 4.
  7. ^ a b "顔 1456 無量塔蔵六 バイオリン製作者 音色の風格を探る [Face 1456 Murata Soroku. Violin Maker. Explores the Character of Sound.]". Yomiuri Shimbun. 1981-07-02. m/s. 1.
  8. ^ "無量塔藏六について [About Soroku Murata]". Ageishi Gengakki Kōbō. Dicapai pada 2020-08-16.
  9. ^ a b c d e "無量塔蔵六 Profile [Profile of Soroku Murata]". 2013 Gengakki Fea. Dicapai pada 2020-08-16.
  10. ^ the Strad (February 17, 2020). "Obituary: Soroku Murata (1927–2020)". Dicapai pada May 10, 2021.
  11. ^ "うっとり"天平のハープ" 千二百年ぶりに優雅な音色披露 [Graceful sound demonstration: tenpyo harp is heard publicly for the first time in 1200 years]". Yomiuri Shimbun. 1974-12-18. m/s. 19.
  12. ^ "ひと 無量塔蔵六 2日に東京ヴァイオリン製作学校を開校「本物の職人を育てます[Person. Soroku Murata opens violin making school in Tokyo on April 2nd: "Will train real craftsmen".]". Mainichi Shimbun. 1979-04-02. m/s. 1.
  13. ^ EILA Infolettre/Newsletter. "Soroku Murata". Dicapai pada May 10, 2021.
  14. ^ "無量塔蔵六氏死去 バイオリン製作者". 日本経済新聞. 2020-02-05. Dicapai pada 2020-08-16.
  15. ^ "バイオリン製作支えるバイクの響き 無量塔蔵六さん バイオリン製作者 [The sound of motorcycles supports violin making. Soroku Murata, Violin Maker]". Yomiuri Shimbun. 1989-01-01. m/s. 9.
  16. ^ "この人と 無量塔蔵六さん バイオリン製作者② 音色の探求 29歳の教え子が親方に [Soroku Murata and me. Soroku Murata, violin maker. 2. The search for the perfect sound. A 29-year-old student becomes a master]". Mainichi Shimbun. 1991-05-08. m/s. 5.

Maklumat lanjut sunting