Sowoneul Malhaebwa (Genie) (lagu)

"Sowoneul Malhaebwa (Genie)" (Korea: 소원을 말해봐 (Genie), makna harfiah: Beritahuku Hajatmu, digayakan sebagai GENIE di Jepun) merupakan single utama daripada album dengan nama yang sama oleh kumpulan muzik dari Korea Selatan, Girls' Generation. Dilancarkan secara digital pada 22 Jun 2009 oleh label SM Entertainment, lagu ini menjadi single hit ke-6 Korea, yang berada di tempat teratas dalam pelbagai carta luar talian dan dalam talian.[1][2]

"Sowoneul Malhaebwa (Genie)"
Fail:Tell Me Your Wish album.jpg
Single oleh Girls' Generation
daripada album Sowoneul Malhaebwa (Genie)
Dilancarkan pada22 Jun 2009
Dirakamkan pada2009
GenreK-pop, synthpop, pop tarian, elektropop
Panjang3:52
SyarikatSM Entertainment
PenulisPenggubah asal: Anne Judith Wik, Robin Jenssen, Ronny Svendsen, Nermin Harambasic dan Fridolin Nordso
Penggubah Korea: Yoo Young-jin
PenerbitYoo Young-jin
Kronologi Single Girls' Generation
""Gee"
(2009)"
"Sowoneul Malhaebwa (Genie)" ""Oh!"
(2010)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

Selepas kejayaan album mini sebelum ini, Gee, kumpulan Girls' Generation diberikan cuti pendek. Pada akhir bulan Jun, pihak SM Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan muzik ini akan membuat kemunculan semula single baru dan mempamerkan konsep "Gadis Marin". Dengan itu, single "Sowoneul Malhaebwa (Genie)" kemudiannya dilancarkan secara digital pada 22 Jun 2009.[3][4] Persembahan pertama untuk album mini dengan single ini diadakan pada 26 Jun di rancangan muzik Music Bank.[5] Dalam masa beberapa hari, lagu ini menduduki kedudukan teratas dalam 10 buah carta muzik digital yang berbeza.[6]Lagu ini juga dianugerahkan sebagai album dan muat turun nada dering paling popular.[7]

Digubah oleh Wik Judith Anne, Robin Jenssen, Ronny Svendsen, Nermin Harambasic dan Fridolin Nordso (Dsign Muzik), lagu itu asalnya bertajuk "I Just Wanna Dance" (Aku Hanya Ingin Menari). Selepas SM Entertainment membeli hak untuk lagu tersebut, maka seni kata lagu itu ditulis semula dengan komposisi tambahan oleh Yoo Young-jin dan melodi yang diatur oleh Han Yoo-jin.[8]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."Sowoneul Malhaebwa (Genie)" (소원을 말해봐 (Genie)) ("Beritahuku Hajatmu") Yoo Young-jinAnne Judith Wik, Robin Jensen, Ronny Svendsen, Nermin Harambasic, Fridolin Nordso, Yoo Young-jinYoo Han-jin3:50
Jumlah masa: 03:50


Versi bahasa Jepun sunting

"Genie"
 
Single oleh Girls' Generation
daripada album Girls' Generation (2011)
Dilancarkan pada  8 September 2010 (Japan)
  11 Disember 2010
Dirakamkan pada2010
FormatSingle CD, muat turun digital
GenreJ-pop, elektropop, pop tarian
Panjang3:44
SyarikatNayutawave Records
Kronologi Single bahasa Jepun Girls' Generation
"Genie" ""Gee"
(2010)"
Kulit album alternatif
 
Kulit album edisi terhad
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

"Genie" (digayakan sebagai GENIE) merupakan tajuk rasmi bagi single "Sowoneul Malhaebwa (Genie)" dalam bahasa Jepun. Single alih bahasa ini adalah single berbahasa Jepun pertama Girls' Generation yang dilancarkan pada 8 September 2010 di Jepun. Satu video muzik versi baru telah dihasilkan untuk versi ini dan video teasernya pula telah dikeluarkan pada 19 Ogos 2010. Pada 26 Ogos 2010, video muzik penuh lagu ini telah dikeluarkan. Lagu ini mencapai kedudukan ke-5 dalam carta Oricon pada hari ia dilancarkan dan mencapai tempat kedudukan ke-2 pada 11 September 2010.[9][10] Bagi mempromosikan single ini, ia dilancarkan dalam tiga edisi iaitu dua edisi CD+DVD (terhad dan biasa) serta edisi CD sahaja. Untuk edisi terhad, ia disertakan dengan buku foto istimewa dan kad foto rawak (1 daripada 9 gambar ahli kumpulan). Single "Genie" ini turut mengandungi lagu untuk versi bahasa Koreanya.

Senarai runut sunting

Single bahasa Jepun:
No.TajukSeni kataMasa
1."Genie" (versi bahasa Jepun) Nakamura Kanata3:44
2."Sowoneul Malhaebwa (Genie)" (versi bahasa Korea) Yoo Young-jin3:49
3."Genie" (Instrumental) 3:44
Jumlah masa: 11:17


Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris) Hicap, Jonathan M. Girls Generation’s new album a smash hit. Manila Bulletin. 30 Januari 2010. Diambil pada 19 Mei 2010.
  2. ^ (Inggeris) Girls and boys take Golden Disks. JoongAng Daily. 11 Disember 2009. Diambil pada 19 Mei 2010.
  3. ^ (Korea) 김형우 (23 Jun 2009). "소녀시대 제로센 논란에 음반 발매일 29일로 연기 '문제 부분 삭제'". Newsen. Dicapai pada 16 Februari 2012.
  4. ^ (Korea) Jang, Hwi-jae. 소녀시대, 타이틀곡 ‘소원을 말해봐’로 활동 재개 (Girls' Generation, Title Song "Tell Me Your Wish" for Comeback). TodayKorea. 17 Jun 2009. Diambil 17 Jun 2009.
  5. ^ (Korea) 소녀시대, 25일 두 번째 싱글 '소원을 말해봐' 공개 (Girls' Generation, Second Single "Tell Me Your Wish" Released on 22nd). CNB News. 22 Jun 2009. Diambil 23 Jun 2009.
  6. ^ (Korea) 소녀시대, 전 음원 차트 1위 석권. 또 ‘올 킬’…. (Girls' Generation' Tops All Digital Charts, "All Kill" Again...). SportsKhan. 1 Julai 2009. Diambil 16 Julai 2009.
  7. ^ (Korea) Park, Young-woong. 소녀시대, "소원을 말해봐"로 음반·음원·벨소리 1위 석권 (Girls' Generation Tops Album, Single, and Ringtone Charts with "Genie"). MyDaily. 6 Julai 2009. Diambil 16 Julai 2009.
  8. ^ "Tell Me Your Wish Track List". website. Girls' Generation Official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-28. Dicapai pada 10 Julai 2009.
  9. ^ (Korea) 소녀시대 오리콘 주간 4위 ‘해외 女가수 데뷔 최고성적 역사 썼다’ (Girls 4 on the Oricon Weekly ' best international female sexual history of a singer wrote Newsen. Retrieved September 15, 2010.
  10. ^ K-POPガールズ本命・少女時代、日本デビュー作が歴代最高記録 ニュース-ORICON STYLE. Oricon.co.jp. Retrieved on 2011-10-30.

Pautan luar sunting