Sri Lanka di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Sri Lanka telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Sri Lanka juga telah menyertai semua edisi Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1948, kecuali pada 1976. Tujuh penyertaannya sebelumnya dalam Sukan Olimpik disertainya di bawah nama Ceylon.

Sri Lanka di
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Kod IOCSRI
NOCMajlis Olimpik Kebangsaan Sri Lanka
Laman sesawangolympic.lk (dalam bahasa Inggeris)
di Tokyo, Jepun
Peserta9 dalam 7 sukan
Pembawa bendera (pembukaan)Milka Gehani
Chamara Dharmawardana
Pembawa bendera (penutupan)Yupun Abeykoon
Pingat
Emas
0
Perak
0
Gangsa
0
Jumlah
0
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas

Peserta sunting

Seramai sembilan orang atlet terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita mewakili Sri Lanka dalam tujuh sukan;[2]

Sukan Lelaki Wanita Jumlah
Olahraga 1 1 2
Badminton 1 0 1
Ekuestrian 0 1 1
Gimnastik 0 1 1
Judo 1 0 1
Menembak 0 1 1
Renang 1 1 2
Jumlah 4 5 9

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Athlete count for Sri Lanka". Olympedia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mac 2022.