Srikanth Nammalwar Kidambi, ataupun dikenali sebagai K. Srikanth (lahir pada 7 Februari 1993 di Andhra Pradesh merupakan seorang pemain badminton lelaki dari India. Kedudukan Kidambi dalam BWF tertinggi di kalangan pemain-pemain badminton India yang lain.[1] Beliau telah ditaja oleh Li-Ning.

Srikanth Kidambi
Maklumat peribadi
Nama kelahiranSrikanth Nammalwar Kidambi
Negara India
Lahir (1993-02-07) 7 Februari 1993 (umur 31)
Guntur, Andhra Pradesh, India
JurulatihPulela Gopichand
Perseorangan lelaki
Ranking semasa8 (26 November 2015)

Kehidupan sunting

Srikanth Nammalwar Kidambi telah dilahirakn di Guntur, Andhra Pradesh. Bapa beliau ialah KVS Krishna merupakan seorang tuan tanah manakala ibu beliau, Radha hanya seorang suri rumah.[2] Abang beliau, Nanda Gopal merupakan seorang pemain badminton bertaraf antarabangsa.[3]


Kerjaya sunting

2011 sunting

Srikanth mengambil bahagian dalam Sukan Remaja Komanwel 2011 di Isle of Man, beliau memenangi pingat perak dalam beregu campuran dan gangsa dalam beregu lelaki.[4] Beliau juga memenangi dalam kategori perseorangan dan beregu Kejohanan Badminton Antarabangsa Remaja Seluruh India di Pune.[5]

2012 sunting

Pada tahun 2012, Srikanth menjadi Juara Dunia Remaja selepas Zulfadli Zulkiffli dari Malaysia memasuki perseorangan lelaki secara senior di Cabaran Antarabangsa Maldives.[6]

2013 sunting

Ketika Terbuka Thailand Grand Prix Gold 2013, Srikanth memenangi gelaran perseorangan lelaki dengan mengalahkan pemain nombor lapan dunia ketika itu, Boonsak Ponsana dalam "straight sets".[7] Dalam Kejohanan Kebangsaan Seluruh India, Srikanth memenangi kejohanan itu dengan menewaskan Parupalli Kashyap di Delhi. Selain itu, kejohanan itu merupakan kejohanan senior pertama dimenangi oleh Srikanth.[8] Beliau mengambil bahagian dalam pasukan Awadhe Warriors di mana pasukan tersebut mendapat naib juara ketika Liga Badminton India 2013.[9]

2014 sunting

Srikanth hanya mendapat naib juara ketika Terbuka India Grand Prix Gold 2014 di Lucknow dan ke suku akhir ketika Terbuka Malaysia 2014.[10] Beliau memasuki pasukan India dan hanya ke separuh akhir dalam acara beregu berpasukan di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.[11] Dalam perseorangan lelaki pula, beliau hanya melangkah ke suku akhir selepas tewas kepada pemain Singaura, Derek Wong.


Rujukan sunting

  1. ^ "BWF World Rankings". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2014-10-14.
  2. ^ sportskeeda.com
  3. ^ Brothers from Guntur create history
  4. ^ Commonwealth Youth Games, 2011
  5. ^ Junior International Championship results
  6. ^ "Maldives International Challenge 2012". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-20. Dicapai pada 2014-10-14.
  7. ^ Thailand Open Grand Prix, 2013
  8. ^ All India Senior Nationals, Delhi, 2013
  9. ^ IBL, 2013
  10. ^ Malaysian Open, 2014
  11. ^ Srikanth Glasgow, 2014