Stardust merupakan filem fantasi 2007dari Paramount Pictures, diarahkan oleh Matthew Vaughn. Ia diadaptasikan dari novel Neil Gaiman, Stardust (nama yang sama digunakan untuk filem), dibintangi oleh Charlie Cox, Ben Barnes, Michelle Pfeiffer, Claire Danes, Sienna Miller, Rupert Everett, Ricky Gervais, David Walliams, Nathaniel Parker, Peter O'Toole, David Kelly, Robert De Niro, dan Mark Heap.

Stardust
Poster
PengarahMatthew Vaughn
PenulisNovel:
Neil Gaiman
Lakonlayar:
Jane Goldman
Matthew Vaughn
DibintangiCharlie Cox
Claire Danes
Ricky Gervais
Rupert Everett
Jason Flemyng
David Walliams
Mark Strong
Peter O'Toole
Michelle Pfeiffer
Robert De Niro
Dikisahkan olehIan McKellen
SinematografiBen Davis
Disunting olehJon Harris
Muzik olehIlan Eshkeri
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
August 10, 2007
Masa tayangan
128 min.
NegaraUnited Kingdom
Amerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$70 million[1]
Pecah panggung$135,553,806

Pada tahun 2008, filem ini memenangi Hugo Award for Best Dramatic Presentation, Long Form.

Plot sunting

Suatu petang di sebuah pekan kecil, Wall, seorang pemuda, Dunstan Thorn menyelinap keluar menembusi tembok yang dibina untuk memisahkannya dengan dunia satu lagi. Di dunia asing itulah dia bertemu dengan seorang hamba kepada seorang ahli sihir (Kate Magowan) yang menyatakan bahawa beliau merupakan seorang puteri raja yang telah ditangkap oleh ahli sihir tersebut and meminta agar Dunstan melepaskannya. Pasangan itu bertemu hanya untuk semalaman sahaja. Sembilan bulan kemudia, pengawal tembok menyerahkan sebuah bakul yang berisi seorang bayi lelaki kepada Dunstan. Bayi tersebut bernama Tristan.

Ceritanya bermula lapan belas tahun kemudian ketika Tristan Thorn (Charlie Cox) menjadi anak muda. Beliau bekerja sebagai budak kedai dan jatuh cinta dengan seorang gadis cantik di kampungnya, Victoria (Sienna Miller). Suatu malam, Tristan mempelawa Victoria untuk keluar dan menikmati perkelahan di waktu malam untuk melihat bintang.

Di bawah bintang-bintang yang sama, bahagian tembok lain di Stormhold, Raja (Peter O'Toole) bersama dengan anak-anak lelakinya yang masih hidup. Raja mengambil Kuasa Stormhold (permata yang besar), dan membaling ke langit yang gelap dan memutuskan sesiapa yang berketurunan diraja dan menjumpai permata tersebut akan menjadi pemerintah Stormhold seterusnya.

Tristan, yang terdesak untuk mengambil hati Victoria berjanji untuk membawa kepadanya bintang sewaktu hari jadi Victoria yang bakal menjelma seminggu lagi sebagai janji Victoria untuk mengahwininya. Setelah gagal menembusi pengawal tembok, bapa Tristan memberi beliau sekeping nota yang juga terdapat sebatang lilin Babylon hadiah daripada ibu Tristan kepada Tristan. Tristan menyalakan lilin tersebut untuk berjumpa dengan ibunya, namun ketika menyalakan lilin tersebut, Tristan memikirkan mengenai bintang yang dijanjikan kepada Victoria. Lantas, lilin tersebut "menghantar" Tristan ke sebuah kawasan jatuhnya bintang di wilayah Stormhold. Tristan kemudian mendapat bintang bukan seperti yang disangkanya. Bintang sebenarnya seorang wanita muda yang cantik, kekal dan berkuasa bernama Yvaine (Claire Danes).

Tristan menggunakan rantai yang diambil oleh ayahnya ketika cuba menyelamatkan ibunya dari ahli sihir untuk mengikat Yvaine. Tristan berjanji untuk menggunakan lilin Babylon terakhir untuk menghantar Yvaine pulang ke langit setelah membawa Yvaine bertemu dengan Victoria. Walaubagaimana pun, bukan Tristan seorang yang mencari bintang. Yvaine dalam bahaya apabila tiga orang adik-beradik sihir yang dikenali sebagai "The Lilim" — Mormo, Empusa dan kakak mereka yang paling berkuasa, Lamia (Michelle Pfeiffer) — memerlukan Yvaine untuk mengembalikan kecantikan dan keremajaan dengan memakan jantung bintang. Tambahan pula, anak-anak Raja yang masih hidup bertungkus lumus mencari batu yang dipakai oleh Yvaine.

Lamia diputuskan untuk mencari bintang dan beliu menggunakan baki terakhir jantung bintang terakhir yang dibunuhnya dahulu.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Archie Thomas (2006-01-26). "London shoots up 18% while U.K. prod'n falls". Variety. Dicapai pada 2007-04-29.

Pautan luar sunting