Stesen LRT Pandan Jaya

Stesen LRT Pandan Jaya ialah stesen LRT yang terletak di Ampang, Selangor, Malaysia di mana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Pandan Jaya Rapid KL
ڤندن جاي
LokasiStesen Pandan Jaya, Persiaran Pandan 1, Pandan Jaya, 55100 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia
Koordinat3°7′49″N 101°44′20″E / 3.13028°N 101.73889°E / 3.13028; 101.73889Koordinat: 3°7′49″N 101°44′20″E / 3.13028°N 101.73889°E / 3.13028; 101.73889
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturAtas Tanah
Templat letak kenderaan228 petak parkir
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG14 
Sejarah
Dibuka16 Disember 1996
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen LRT Pandan Jaya terletak di dalam dan dinamakan sempena lokaliti Ampang Jaya iaitu Pandan Jaya, dan terletak berhampiran dengan petempatan lain seperti Kampung Kerayong di sebelah arah barat dan kawasan perumahan kos rendah Taman Shamelin Perkasa, Taman Maju Jaya dan Taman Cheras Indah di selatan Stesen ini juga terletak di sepanjang Sungai Kerayong, yang bersempadan dengan Pandan Jaya dan kawasan-kawasan lain yang disebutkan di atas. Anak Sungai Kerayong juga bermuara di Sungai Kerayong, terletak berhampiran dengan stesen Stesen ini boleh diakses dari Pandan Jaya melalui kompleks rumah pangsa Pandan Jaya di utara, dan jejantas merentasi Sungai Kerayong ke Lebuhraya Sungai Besi di selatan. Juga terletak berhampiran stesen adalah Taman Shamelin Perkasa dan Kolej Poly-Tech MARA.

Pelan stesen sunting

G Bangunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian  
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
AG Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Maluri)
AG Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke Ampang (Pandan Indah)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  

Secara keseluruhannya, stesen Pandan Jaya dibina sebagai stesen bertingkat yang rendah di sepanjang dua landasan untuk tren yang bergerak ke arah bertentangan. Stesen ini mempunyai dua platform berjenis platform sisi untuk perkhidmatan LRT Laluan Ampang, di mana setiap platform menuju ke terminal Ampang dan terminal Sentul Timur dan Putra Heights. Oleh disebabkan pembinaan stesen di aras tanah, terdapat dua aras legar di setsen LRT Pandan Jaya. Aras legar yang pertama di utara terletak di Persiaran Pandan 1 berhadapan dengan rumah pangsa Pandan Jaya, manakala aras legar kedua yang terletak di selatan stesen terletak berhadapan dengan Sungai Kerayong dan Lebuhraya Sungai Besi. Stesen ini mempunyai kawasan pagar tambang berasingan untuk setiap dua platform stesen kerana tiada jambatan pejalan kaki yang menghubungkan kedua-dua platform. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 228 petak parkir kereta — 2 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU.[4]

Pintu stesen sunting

Stesen LRT Pandan Jaya mempunyai dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B. Bas RapidKL berkhidmat di Pintu A stesen, iaitu di Lebuhraya Sungai Besi.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 27 Mei 2019.
  3. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  4. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.