Sufiah Yusof (lahir 1984) ialah seorang genius Matematik dari London, United Kingdom. Beliau pertama kali menjadi bahan berita hangat pada tahun 1997 apabila melayakkan diri ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford untuk mengkaji matematik pada usia 13 tahun.[1][2]

Sufiah Yusof
Kelahiran1984 (umur 39–40)
Terkenal keranapelajar genius Matematik
Ibu bapa
  • Farooq Yusof (bapa)
  • Halimaton Yusof (ibu)

Beliau merupakan anak kepada seorang lelaki kelahiran Pakistan, Farooq Yusof dan isterinya, Halimaton Yusof, kelahiran Muar, Johor.

Meskipun berwarganegara British, kerajaan Malaysia tampil ke hadapan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan Sufiah,[3] meskipun dimaklumkan bahawa bapanya yang berketurunan Pakistan pernah disabitkan kesalahan jenayah kerana penipuan berkenaan gadai janji. Rakyat Malaysia memandang beliau sebagai contoh bakat luar biasa orang Islam kerana keturunan ibunya.

Pentadbiran bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Sufiah sebagai impian eugenik sempurna, bertentangan dengan kepincangan genetik dari Dilema Melayu.[4]

Pada tahun 2001, Sufiah melarikan diri dari asrama di Oxford, setelah mengambil kertas peperiksaan terakhirnya untuk tahun akademik berkenaan.[5] Dua minggu kemudian, dia didapati bekerja sebagai pelayan di kafe Internet Bournemouth, tetapi enggan pulang ke rumah, serta mendakwa bahawa ibu bapanya memperitkan kehidupannya di rumah.[6] Sebaliknya, dia menetap bersama keluarga angkat.

Dua tahun kemudian, Sufiah kembali ke Oxford untuk menyiapkan ijazah sarjana, tetapi gagal menamatkan tahunnya. Kemudian dia berkahwin dengan seorang peguam pelatih dari Oxford. Ketika itu Sufiah bekerja sebagai pembantu pentadbiran untuk sebuah syarikat pembinaan. Pernikahan itu hanya bertahan selama 13 bulan.

Pada Mac 2008, seorang wartawan yang menyamar bagi pihak News of the World mendapati Sufiah mengiklankan diri sebagai pelacur yang mengenakan bayaran £130 sejam.[7][8] Salah seorang kawannya menyifatkan perubahan nasib bekas anak berbakat luar biasa itu sebagai "amat menyedihkan", lebih-lebih lagi "anugerahnya [dalam bidang matematik sebenarnya selama ini bagaikan sumpahan".[9]

Bapanya Farooq Yusof pernah menjadi seorang perintis dalam proses pengajaran yang tidak terbukti secara saintifik bergelar hothousing. Dia pernah menjanjikan "banyak lagi Sufiah" sepanjang proses talian pengeluaran yang menggunakan teknik hothousing. Pada April 2008 dia mengaku bersalah atas tuduhan "mencabul dua orang gadis berusia 15 tahun ketika bertugas sebagai pengajar peribadi."[10]

Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia pernah merancang "Program Menyelamatkan Sufiah" untuk memulihkan Sufiah dan "membawanya kembali ke pangkal jalan yang betul,"[11] tetapi tidak lama kemudian menghentikannya.[12]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Andrew Marshall (17 Februari 2003). "Small Wonders". Time Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-18. Dicapai pada 2008-03-31.
  2. ^ "Oxford place for girl, 12". The Times. 13 Januari 1997. m/s. 2.
  3. ^ Zaharah Othman (2 April 2008). "I'm Every Woman: Why Sufiah why?". New Straits Times.
  4. ^ "Malay Dilemma".
  5. ^ Oliver Wright (3 Julai 2000). "Teenage girl prodigy goes missing after Oxford exams". The Times. m/s. 1.
  6. ^ Alfred Lee (8 Julai 2000). "Police find runaway prodigy in London hotel". The Straits Times.
  7. ^ Keith Gladdis (30 Mac 2008). "Maths prodigy who won an Oxford place at 13 is now a £130-an-hour HOOKER". News of the World. Dicapai pada 2008-03-31.
  8. ^ Megan Levy (31 Mac 2008). "Child maths prodigy 'working as a prostitute'". The Daily Telegraph. Dicapai pada 2008-03-31.
  9. ^ Andy Dolan (31 Mac 2008). "From child prodigy at Oxford to £130-an-hour prostitute". Daily Mail. m/s. 9.
  10. ^ "Sufiah Yusof - child genius revealed as prostitute". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-05. Dicapai pada 2021-08-12.
  11. ^ "Effort To Save Former Oxford Prodigy Sufiah Yusof, Now A Vice Girl". Bernama. 1 April 2008.
  12. ^ "Kerajaan henti usaha selamatkan Sufiah". Berita Harian. 2008-04-10. Dicapai pada 2008-04-10.