Sultan Alauddin Mughayat Shah
Sultan Alauddin Mughayat Shah ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah ialah Sultan Perak ke-12 yang telah memerintah mulai 1720 sehingga 1728.[1]
Lahir sebagai Raja Radin, baginda mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan bapa saudaranya Sultan Mahmud Iskandar Shah yang tiada berputera. Ini disebabkan ayahandanya sendiri Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah telah mangkat terlebih dahulu. Selepas kemangkatannya, baginda diwarisi adindanya Raja Inu.[2][3]
Baginda mendapat seorang putera, Raja Kechil Bongsu, dan seorang puteri, Raja Kechil Ampuan.[3]
Didahului oleh Sultan Mahmud Iskandar Shah |
Sultan Perak 1720-1728 |
Diikuti oleh: Sultan Mudzaffar Shah III |
Lihat juga sunting
Nota kaki sunting
- ^ Radzie Sapiee (2010). "Tiga Makam Sultan di Kampung Jawa (Three Tombs of Sultan at Kampung Jawa)". Radzie Sapiee. Dicapai pada 28 November 2010.
- ^ "12.Sultan Alauddin Mughayat Shah". Senarai Sultan Perak. Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan. Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-09. Dicapai pada 18 Mac 2014.
- ^ a b "The Siak Dynasty - Genealogy - PERAK3". The Royal Ark. September 2008. Dicapai pada 18 Mac 2014.