Sup torpedo

masakan Malaysia

Sup torpedo ialah nama gelaran kepada sejenis sup yang menggunakan sebagai bahan asasnya batang pelir lembu jantan. Di Malaysia, sup torpedo ini biasanya dihidangkan di warung-warung atau restoran mamak. Sup torpedo ini biasanya akan dihidangkan dengan sebuku roti Benggali untuk mencicah sup tersebut. Harganya ialah diantara RM 5.00 hingga RM 8.00 semangkuk, bergantung kepada kebesaran mangkuk hidangan. Dagingnya agak kenyal dan rasanya seperti daging lembu biasa.


Resipi Sup. sunting

Batang pelir ini akan ditarik panjang, dibasuh dan dibersihkan. Ianya akan dicelur dengan air panas. Kemudian batang pelir ini akan dipotong kepada bahagian-bahagian kecil. Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk memasak sup seperti rempah-ratus, bawang merah and bawang putih, halia, minyak masak, dan air secukupnya akan digunakan untuk memasak sup ini.

Afrodisiak. sunting

Sup ini dikatakan mempunyai khasiat sebagai afrodisiak ataupun khasiat kekuatan sexual untuk lelaki.

Nama-nama Lain. sunting

Di Filipina, sup ini dikenali dengan nama Soup Number Five (Sup Nombor Lima). Di Amerika Syarikat, buah pelir lembu jantan atau babi digunakan untuk makanan atau masakan dipanggil dengan nama Rocky Mountain Oysters (Tiram Pergunungan Rocky). Di Equador, sup ini dikenali sebagai Tronquito Soup (Sup Tronquito).

Sup Bola. sunting

Ini ialah sejenis sup yang menggunakan sebagai bahan asasnya buah pelir lembu jantan. Resipinya adalah sama dengan sup torpedo.


Rujukan. sunting

Soup Number Five (http://www.en.wikipedia.org/wiki/Soup_Number_Five).

Rocky Mountain Oysters (http://www.en.wikipedia.org/wiki/Rocky_Mountain_oysters).

Virtual Tourist (http://www.virtualtourist.com/travel/Asia/Malaysia/Negeri_Pulau_Pinang/Penang-1282036/Restaurants-Penang-Local_Mamak-BR-1.html).

The Obnoxious 5XMom (http://www.chanlilian.net/2006/07/04/a-taste-of-bull-peenis-sup-torpedo-lembu/)