Supermarine Spitfire

Supermarine Spitfire merupakan pesawat pejuang satu tempat duduk yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Britain dan kebanyakan negara Berikat semasa Perang Dunia II.

Spitfire
Pesawat Supermarine Spitfire XVI.
Peranan Pejuang
Pengeluar Supermarine
Direka oleh R. J. Mitchell
Penerbangan sulung 6 Mac 1936[1]
Mula digunakan 4 Ogos 1938[1]
Dihentikan 1955
Pengguna utama Tentera Udara Diraja Britain
Dikeluarkan 1938–1948
Jumlah dibina 20,351[2]
Kos seunit £12,604 (1939)[3]
Kelainan Seafire
Spiteful

Sayap melengkung berbentuk bujur Spitfire memberikan bentuk yang jelas berbeza; keratan rentasnya yang nipis meningkatkan kelajuannya; reka bentuk pintar oleh Ketua Rekabentuk R.J. Mitchell dan yang selepasnya (dia meninggal pada tahun 1937) bererti Spitfire digemari oleh juruterbangnya. Ia berkhidmat sepanjang Perang Dunia II, dalam semua medan peperangan, dan dalam pelbagai variasi.

Lebih daripada 20,300 contoh pelbagai variasi di bina, termasuk pesawat latihan dua tempat duduk, dengan sebahagian Spitfire kekal dalam perkhidmatan sehingga pertengahan 1950-an.

Pesawat ini digelar Spitfire oleh Sir Robert MacLean, pengarah Vickers pada masa itu, dan apabila mendengar ini, Mitchell dilaporkan berkata, "...jenis nama bodoh yang mereka berikan padanya - (...sort of bloody silly name they would give it.)" Perkataan tersebut berasal daripada zaman Elizabethan dan merujuk kepada seseorang yang bengis, berkepala angin (fiery, ferocious', biasanya wanita. Nama tersebut pernah digunakan secara tidak rasmi bagi rekabentuk F.7/30 Jenis 224 Mitchell terdahulu.

Rekabentuk sunting

Ketua Rekabentuk Supermarine, R.J. Mitchell telah memenangi tiga perlumbaan kapal terbang laut Tropi Schneider dengan pesawatnya, dengan menggabungkan enjin Napier atau Rolls Royce yang berkuasa dengan tumpuan terperinci pada streamlining. Kualiti yang sama juga terbukti juga berguna pada reka bentuk pejuang, dan pada 1930 Mitchell menghasilkan kapal terbang sebegitu sebagai jawapan kepada permintaan Kementerian Udara (Air Ministry) bagi pesawat pejuang bersayap tunggal yang baru dan moden.

Cubaan pertama membina pesawat pejuang menghasilkan kapal terbang sayap tunggal terbuka dengan sayap-gull dan and a large fixed spatted undercarriage. Supermarine Jenis 224 tidak mencapai prestasi yang diharapkan; juga kesemua rekaan yang bersaing yang turut dianggap gagal.

Mitchell serta merta mengalih perhatiannya kepada rekaan yang diperelok sebagai usaha peribadi, dengan sokongan Vickers, pemilik Supermarine. Rea bentuk baru menambah gear penarik (retraction), kokpit tertutup, peralatan oksigen, dan enjin Rolls Royce PV-12 yang lebih berkuasa, kemudiannya dinamakan Merlin.

Pada tahun 1935 Kementerian Udara telah melihat peningkatan dalam kemajuan bagi mencuba reka bentuk sayap tunggal semula. Mereka menolak reka bentuk baru Supermarine berasaskan bahawa ia tidak membawa beban lapan laras mesingan yang diperlukan, dan kelihatannya tidak mempunyai ruang bagi membawanya.

 
Spitfire Mk. V Trop

Sekali lagi Mitchell berjaya menyelesaikan masalah ini. Ia dicadangkan bahawa dengan melihat pada pelbagai kapal terbang Heinkel, dia memutuskan penggunaan penggunaan planform melengkung, yang mempunyai legih banyak chord bagi membenarkan lapan mesingan yang diperlukan, sementara mengekalkan seretan rendah yang terdapat pada rekaan sayap terdahulu yang lebih ringkas. Beverley Shenstone, pakar aerodinamik Mitchell, bagaimanapun, menegaskan bahawa sayap Mitchell bukanlah salinan langsung daripada Heinkel He 70, sebagaimana didakwa oleh sesetengah orang; sayap Spitfire lebih nipis dan mempunyai seksyen yang berlainan. Walau bagaimanapun, sayap melengkung (elliptical) memenuhi syarat Kementerian Udara bagi Jenis 300, yang mereka biayai sebagai F.10/35.

Penerbangan prototaip pertama adalah pada 5 March 1936. Prestasinya sehinggakan Kementerian Udara serta merta menempah 310 buah. Pada ketika itu, ia masih "di uji" oleh juruterbang ujian Vickers, walaupun sebelum kapal terbang itu diserahkan kepada mereka bagi ujian mereka sendiri.

Ciri-ciri rekabentuk terakhir Spitfire yang seringkali disebut-sebut oleh juruterbangnya adalah ciri-ciri washout, yang luar biasa pada masa itu. Kejadian di mana sayap +2° pada pangkalnya dan −½° pada hujungnya. Lengkungan ini bererti pangkal sayap akan stall sebelum hujung [1], mengurangkan kemungkinan saat pusingan merbahaya semasa stall yangdikenali sebagai putar (spin). Ramai juru terbang beruntung daripada ciri ini semasa bertempur ketika membuat pusingan ketat hampir kepada had kapal terbang kerana apabila pangkal sayap stall ia menjadikan kayu pengawal bergegar memberikan amaran kepada juru terbang bahawa dia menghampiri had prestasi kapal terbang.

Spesifikasi (Spitfire Mk Vb) sunting

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 29 kaki 11 in (9.12 m)
  • Rentang sayap: 36 kaki 10 in (11.23 m)
  • Tinggi: 11 kaki 5 in (3.86 m)
  • Sayap luas: 242.1 kaki² (22.48 m²)
  • Aerofoil: NACA 2200
  • Berat kosong: 5,090 lb (2,309 kg)
  • Berat berisi: 6,622 lb (3,000 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 6,770 lb (3,071 kg)

Prestasi

Persenjataan

Versi selepasnya (pada VB)

    • 2× 20 mm (0.787 in) meriam Hispano Mk II, 60 (kemudian 120 (Mk VC) butir setiap meriam
    • 4× 0.303 inch (7.7 mm) Mesingan Browning, 350 butir bagi setiap meriam
  • Bom:
    • 2× 250 lb (110 kg) bom

Variasi sunting

Terdapat 24 jenis Spitfire dan pelbagai sub-variati.

Versi Tentera laut sunting

 
Supermarine Spitfire dalam penerbangan

Terdapat juga Spitfire versi Tentera laut yang dikenali sebagai Seafire.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ethel 1997, p. 12.
  2. ^ Ethell 1997, p. 117.
  3. ^ Price 1986, m/s. 67.

Pautan luar sunting