Suriram adalah merupakan sebuah drama seram arahan sulung Nazir Jamaluddin. Dibintangi oleh Reen Rahim, Sahronizam Noor, Bell Ngasri, Fadzhil Hamdan dan ramai lagi. Drama ini mulai disiarkan secara serentak di Astro Prima dan Astro Maya HD bermula 30 Mei 2018 pada setiap hari Rabu pada jam 11 malam.

Suriram
GenreSeram
Misteri
Mistik
PenciptaFizreen Ahmad
Ditulis olehEzzan Zalilah
PengarahNazir Jamaluddin
Dibintangi oleh
Reen Rahim
Sahronizam Noor
Bell Ngasri
Fadzhil Hamdan
Lagu pembukaan"Misteri" nyanyian Ernie Zakri
Lagu penutup"Misteri" nyanyian Ernie Zakri
PenggubahGouffran
Sang Hitam
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran30 minit
Setiap hari Rabu, jam 11 malam
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 Mei – 22 Ogos 2018

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yatim piatu bernama Suri (Reen Rahim) yang dilahirkan dengan kelebihan untuk melihat makhluk-makhluk halus. Dia juga mewarisi ilmu perbidanan dan perubatan tradisional yang menjadikan dia tempat untuk penduduk kampung meminta tolong jika terjadi perkara-perkara yang aneh, pelik dan menakutkan. Selain itu Suri juga gemar bersendirian dan kurang peramah dengan orang lain, namun tidak pernah menolak untuk membantu orang kampung. Suri akan sedaya upaya untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Pelakon sunting

Watak utama sunting

Episod sunting

Episod Tajuk Sinopsis
1 Penanggal Kisah seorang penduduk kampung yang kematian isterinya yang baru melahirkan anak,dan mengesyaki ada yang tidak kena di sebalik kematian isterinya.
2 Hantu Almari Para pelajar di sebuah asrama diganggu, selepas menggunakan sebuah almari lama yang dikeluarkan dari stor asrama.
3 Pocong Setelah kematian suaminya, Aminah dan anaknya mula diganggu pocong dan suara meminta tolong.
4 Hantu Purdah Saleha, seorang wanita berpurdah yang baru berpindah sering berkelakuan aneh dan dalam masa yang sama,beberapa orang gadis muda mula mengalami gangguan histeria.
5 Jerangkung Penduduk kampung mula diganggu oleh Samad yang sering memeras ugut mereka untuk mendapatkan wang. Setelah ditewaskan oleh Suri, Samad merasa tercabar dan mula menuntut ilmu hitam.
6 Hantu Susu Zainal dan isteri, berhadapan dengan gangguan hantu susu. Setelah Suri datang berubat,rupa-rupanya hantu susu tersebut merupakan roh bekas isteri Zainal yang tidak aman yang ditinggalkan Zainal.
7 Pontianak Kamal bekas tunang Suri kembali ke kampung dan memperkenalkan isterinya, Wani. Wani yang mempunyai sifat cemburu yang tinggi tidak tahan apabila mendapat tahu yang Suri merupakan bekas tunang Kamal.
8 Kum Kum Saadiah, seorang gadis yang kurang berkeyakinan, akhirnya mendapatkan khidmat seorang bomoh untuk menjadi cantik, Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah Saadiah terlanggar sumpahan, dengan melihat cermin.
9 Langsuir Taufik tidak boleh menerima hakikat yang lamarannya ditolak oleh Marina. Secara tidak sengaja dia terbunuh Marina sewaktu mereka bergaduh dan roh Marina yang tidak aman menjelma menjadi langsuir.
10 Hantu Raya Rumahtangga Daud dan Aishah pada mulanya bahagia. Namun segalanya berubah apabila suatu hari Daud mula mengasari isterinya. Tiada sesiapa yang tahu bahawa Daud membela hantu raya dan hantu tersebut kini menyamar sebagai Daud. Namun segalanya terbongkar apabila mayat Daud dijumpai oleh penduduk kampung.
11 Harimau Jadian Nek Jah yang membela saka Harimau jadian ingin mewariskan saka tersebut kepada cucu tunggalnya, Shikin. Namun Shikin berkeras enggan mewarisinya sehinggalah neneknya meninggal dunia. Setelah kematian Nek Jah, saka Harimau jadian tersebut terus menghantui Shikin agar mewarisinya.
12 - 13 (Akhir) Wanita Bunian Ratu Bunian yang berdendam dengan Suri telah menghantar sihir kepada Suri. Penduduk kampung gempar apabila mereka diganggu oleh wanita berkebaya putih.

Rujukan sunting