Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan atau ringkasnya SKMK, merupakan pengendali pengangkutan bas yang ternama di Kelantan dan di Malaysia. Syarikat ini mengendalikan perkhidmatan yang pelbagai, iaitu :

  • Bas Cepat merupakan bas ekspres (tanpa berhenti-henti) yang menghubungkan seluruh jajahan dan bandar-bandar utama yang terdapat di Negeri Kelantan.
  • Bas antara bandar yang beroperasi secara berhenti-henti, bagi menghubungkan bandar-bandar utama, sederhana, kecil dan kawasan-kawasan setempat.
  • Bas bandar atau dikenali sebagai juga sebagai Bas SKMK yang beroperasi khusus untuk perkhidmatan dalam bandar seperti Kota Bharu.
  • Bas Ekspres, yang menghubungan bandar-bandar utama di seluruh Malaysia termasuk singapura.