Sycee (dari bahasa Inggeris menyerap bahasa Kantonis 細絲, sai-sì "sutera halus", pinyin: xìsī),[1][2] yuánbǎo (Cina ringkas: 元宝Cina tradisional: 元寶, Pe̍h-ōe-jī: goan-po) atau kimpo (bahasa Min Selatan dari 金寶) adalah sejenis mata wang jongkong perak atau emas yang digunakan di Cina hingga abad ke-20. Jongkong-jongkong ini datang dalam pelbagai bentuk dan rincian terutamanya bentuk "perahu", nilainya tidak ditentukan tukang perak tetapi sebaliknya berdasarkan berat tahil perak yang ditimbang. Tahil tempatan juga dipentingkan berbanding mana-mana sukatan pusat, jadi tahil Kwantung beratnya 37.5g, tahil "Biasa" atau Shanghai 33.9 g, dan tahil kastam atau Hǎiguān (海關) pula 37.8 g. Kadar pertukaran antara pelbagai tahil yang biasa dijumpai turut diketahui ramai.

Sejarah sunting

Kimpo pertama digunakan sebagai alat tukar sejak zaman Dinasti Qin. Pada zaman Dinasti Tang, sebuah sistem keping dwi-logam yang piawai menggabungkan perak dan tembaga yang dikodifikasi dengan 10 wang logam perak yang setara dengan 1.000 wang logam kas tembaga. Wang kertas dan surat hutang mula diperkenalkan pada abad ke-9. Tetapi, kerana adanya masalah keuangan semisal inflasi, dan ketakpastian politik dengan silih-bergantinya rezim, keping wang logam pada akhirnya menjadi alat mata wang terpilih.

Tahil masih menjadi dasar bagi mata wang perak dan kimpo masih digunakan sampai penghujung Dinasti Qing. Pecahan berat yang biasa digunakan untuk timbangan emas pada ketika ini adalah 1, 5, 10 dan 50 tahil.

Wang logam perak luar negeri mula diedarkan serata Cina pada penghujung abad ke-16 mirip saisi siap dicetak dengan cap mohor.[3]

Penggunaan masa kini sunting

Kini, tiruan kimpo emas digunakan sebagai lambang kesejahteraan oleh orang Cina dan sering kali dipajang pada perayaan Tahun Baru Cina. Kimpo emas perbanyakan atau peringatan tetap dicetak untuk dapat dikoleksi.

Model-model yuanbao diperbuat dari kertas juga sering dibakar untuk kegunaan si mati terutamanya semasa acara Perayaan Hantu.

Rujukan sunting

  1. ^ "sycee", Merriam-Webster Online, dicapai pada 22 March 2016.
  2. ^ Morse, Hosea Ballou; dll. (1908), The Trade and Administration of the Chinese Empire, Longmans, Green, & Co., m/s. 148.
  3. ^ Foreign Silver Coins and Chinese Sycee at Sycee-on-line.com
  • Cribb, Joe: A Catalogue of Sycee in the British Museum. Chinese Silver Currency Ingots c. 1750 – 1933. British Museum Press, London, 1992.

Pautan luar sunting