Dr Syed Hussein/Husin Ali adalah seorang bekas Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, bekas Senator (ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor 2009-2015), mantan Presiden Parti Rakyat Malaysia (1990-2003) dan juga mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (2003-2010). Kini, beliau ialah Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR.

Dr.

Syed Husin Ali

PhD
Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN
Memegang jawatan
2018
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
16 Disember 2009 – 16 Disember 2015
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
1999–2010
Digantikan olehMohamed Azmin Ali
Butiran peribadi
Parti politik (PKR)(2003–kini)
(PRM) (1974–2003)
Alma materUniversiti Malaya (BA & MA)
The London School of Economics and Political Science (LSE) (PhD)
PekerjaanAhli politik

Latarbelakang sunting

Syed Hussein/Husin bin Ali dilahirkan di Batu Pahat pada 23 September 1936. Mempunyai isteri (meninggal 2013) dan tiga orang anak. Bersekolah rendah dan menengah di Batu Pahat, Johor. Mendapat ijazah B.A. Hons serta M.A. dari Universiti Malaya (UM) dan Ph.D. (Social Anthropology) dari London School of Economics and Political Science (LSE).

Telah menulis serta menyunting kira-kira 20 buah buku, menyediakan lebih 100 buah kertas untuk jurnal dan persidangan antarabangsa serta tempatan dan artikel-artikel untuk media tempatan. Antara bukunya adalah “Pimpinan Masyarakat Kampung”, “Masalah dan Masa Depan Orang Melayu”, “Kemiskinan dan Kelaparan Tanah di Kelantan”, “Dua Wajah”, “Memoir Perjuangan Politik”, “Hubungan Kaum di Malaysia”, dan “Sejarah Rakyat Malaysia”.

Pernah terlibat sebagai pakar penyelidik dan perunding dengan Universiti PBB (UNU) dan UNESCO, dan menyiapkan beberapa laporan penilaian ke atas gerakan pekerja dan wanita untuk badan-badan antarabangsa. Menjadi British Academy Visiting Fellow, di Cambridge University dalam tahun 2005.

Semasa mahasiswa, pernah menjadi Setiausaha/Presiden Persekutuan Bahasa Melayu (PBMUM), Setiausaha Agung/Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Bendahari Persatuan Islam (PIUM) dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Bersama GPMS-UMSU-NUSSU.

Beliau juga pernah terlibat dengan pelbagai kegiatan untuk memperjuangkan hak asasi manusia serta hak perumahan peneroka bandar (setinggan). Juga telah menjadi Setiausaha PENA. Menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (2003-2010); sebelum itu Presiden Parti Rakyat Malaysia (1990-2003). Kerana penglibatan aktif dalam politik, beliau diarah meletakkan jawatan sebagai Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, selepas berkhidmat selama hampir 30 tahun. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Senator Parlimen Malaysia (2009-2015).

Kini menjadi Pengerusi Yayasan Usman Awang, Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat dan Anggota Biro Politik serta Pusat Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Pada peringkat antarabangsa, beliau pernah menjadi anggota Misi Antarabangsa Menyelidik Pembunuhan Beramai-ramai di Bangkok, Panel Pengadil bagi Tribunal Rakyat Mengenai Ancaman Industri dan Alam Sekitar di Bhopal, India, dan Penyiasatan Antarabangsa Ke Atas Rakyat Terusir di Sri Lanka.

Syed Husin pernah ditahan tanpa bicara  di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) selama hampir enam tahun (1974-80) berikutan tunjuk perasaan petani-petani di Baling dan pelajar-pelajar di Kuala Lumpur [1]

Jawatan sunting

Jawatan Akademik sunting

1963 - 71:   Pensyarah di Universiti Malaya (UM)                        

1972 - 74:   Profesor Madya dan Ketua Jabatan Antropologi & Sosiologi UM                                      

1980 - 84:   Profesor Pembangunan Manusia, Inst. Pengajian Tinggi UM

1985 - 90:   Profesor dan Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM

1990:  Penyelidik, Projek Asia, United Nations University, Tokyo

2005:  British Academy Visiting Fellow, Cambridge University, UK

Jawatan Lain:              

1963 - 72:  Anggota Fakulti Sastera, Universiti Malaya

1970:  Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Fakulti Sastera, UM

1972 - 74 dan 1980 - 1990: Anggota Senat Universiti Malaya

1970 - 74:  Setiausaha Persatuan Kakitangan Akademik UM

1985 - 90:  Anggota Majlis Universiti Malaya (Wakil Senat UM)

Jawatan Politik             sunting

1990 - 2003:  Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM)

2003 - 10:  Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KEADILAN)

2009 - 15:  Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia

2003- kini: Anggota Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Malaysia

2018 - kini Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN

Jawatan Luar sunting

Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang (YUA)

Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Sejarah Rakyat

Pandangan-pandangan beliau sunting

Ilmuwan diminta jangan menikus sunting

Pada 19 Mac 2010, Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dibidas oleh beliau yang merupakan bekas presidennya kerana bersikap menikus dalam menyatakan pandangan mereka kerana bimbang 'melukakan (perasaan) kerajaan.' Beliau berasa "hilang ghairah" dengan ilmuwan yang kurang berhubung dengan masyarakat dan menahan diri daripada memberikan analisis kritikal.Baginya, "Ini sikap yang sangat salah, ia mencerminkan ketakutan psikologi. Sekarang terlalu banyak ketakutan dan kawalan; (oleh) polis, media, mahkamah, pelajar, pekerja dan juga ahli akademik," katanya ketika menutup Persidangan Pengajian Malaysia (MSC) ketujuh di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.[2]

Hasil penulisan sunting

  1. Social Stratification in Kampung Bagan (JMBRAS)
  2. Kursus Penulis, Ed. (ANTARA)
  3. Angkatan Sastrawan ‘50 (BAHASA)
  4. Angin Retak. Ed. (ABAS BANDUNG)
  5. Apa Erti Pembangunan (DBP)
  6. Patah Tumbuh. Ed. (FAJAR BAKTI)
  7. Suara Tujuh. Ed. (SETIA MURNI)
  8. Malay Rural Leadership (OUP)
  9. Masyarakat dan Pimpinan Kampung (OUP)
  10. The Malays: Their Problems and Future (HEINAMANN)
  11. Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya (KARANGKRAF)
  12. Kemiskinan dan Kelaparan Tanah di Kelantan (ABADI)
  13. Poverty and Landlessness in Kelantan (BEITENBACH)
  14. Ethnicity, Class and Development. Ed. (MSSA)
  15. Pembangunan di Malaysia: Perancangan, Pelaksanaan dan Prestasi. Ed. (PSSM)
  16. Dua Wajah : Tahanan Tanpa Bicara (SIRD)
  17. Two Faces: Detention Without Tiral (SIRD)
  18. Ethnic Relations in Malaysia: Harmony and Conflict (SIRD)
  19. Isu Raja dan Perlembagaan (SHA)
  20. Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali (SIRD)
  21. Syed Husin Ali: Memoirs of a Political Struggle (SIRD)
  22. Raja-raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran (SIRD)
  23. The Malay Rulers: Regression or Reform (SIRD)
  24. Hubungan Etnik di Malaysia (SIRD)
  25. Ethnic Relations in Malaysia (SIRD)
  26. Sejarah dan Perjuangan KEADILAN (KEADILAN)
  27. Sejarah Rakyat Malaysia (SIRD & PSR)
  28. People’s History of Malaysia (SIRD & PSR)

Lain-lain sunting

  • Salah satu Tokoh Pengasas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Salah satu pengasas Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Setiausaha Agung selama 5 tahun.
  • Menyiapkan laporan dan kertas kerja tentang masyarakat, pimpinan dan pembangunan di Malaysia untuk UNESCO/ESCAP.
  • Menjadi Ahli Suruhanjaya untuk menyiasat tiga peristiwa berasingan:  
    • Industrial Hazards in Bopal
      • Mass Killing of Students in Bangkok
        • Displacement of People in Sri Lanka as a Result of Ethnic Conflicts.
  • Ditahan hampir 6 tahun di bawah (Internal Security Act) ISA dan diangkat sebagai “Prisoner of Conscience” oleh Amnesty International.               
  • Jawatan Semasa Mahasiswa (1956-1959):
    • Setiausaha dan kemudian Presiden Persekutuan Bahasa Melayu UM
      • Setiausaha Agung dan kemudian Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
        • Setiausaha bersama Universiti of Malaya Student Union (UMSU), Nanyang University Student Union NUSU dan GPMS.

Rujukan sunting

  1. ^ Francis Paul (18 Jun 2007). "Anything but politics: The revered Dr Syed Husin Ali". malaysiakini. Dicapai pada 21 Mei 2009.
  2. ^ "Ilmuwan diminta jangan menikus", Malaysiakini.com, 19 Mei 2010.