Syed Kamarulzaman Syed Kabeer

Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer ialah seorang ahli astronomi Islam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 15 Februari 2024.[1] Beliau terlibat dalam bidang sains dan teknologi Islam, dan menjadi panel pemikir dan penasihat kepada beberapa organisasi antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kususnya dalam bidang falak dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) [2]

Syed Kamarulzaman Syed Kabeer
Pengerusi
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Memegang jawatan
15 Februari 2024
Didahului olehMohd Daud Bakar
Butiran peribadi
LahirPulau Pinang
PekerjaanAhli falak, jurutera

Anugerah dan pencapaian sunting

Syed Kamarulzaman pernah menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada 2023.[3]

Jam matahari sunting

Syed Kamarulzaman telah mengetuai projek pembinaan jam matahari (mizwalah) yang dinamakan Mizwalah TaHa yang diletakkan di Kompleks Tabung Haji, Sepang, Selangor.[4] Ia jam matahari Islamik pertama di Malaysia mempunyai waktu solat seperti di masjid di Asia Barat.[5] Mizwalah ini pernah dipaparkan dalam majalah di Jerman yang diterbitkan oleh Persatuan Kronometri Jerman.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Syed Kamarulzaman dilantik Pengerusi MAIWP baharu". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-15.
  2. ^ "Maker – Saras Sundial" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-15.
  3. ^ Tahir, Sudirman Mohd (2023-09-28). "Dr Syed Othman diumum penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-15.
  4. ^ "Mizwalah TaHa diakui dunia - Keratan akhbar Utusan Malaysia 11 Mac 2022 - BLOG PERPUSTAKAAN JBPM". Mizwalah TaHa diakui dunia - Keratan akhbar Utusan Malaysia 11 Mac 2022 - BLOG PERPUSTAKAAN JBPM. 2022-03-11. Dicapai pada 2024-02-16.
  5. ^ "Mizwalah Taha tarikan baharu artifak Islam". www.pressreader.com. Dicapai pada 2024-02-15.
  6. ^ Sukaimi, Siti A’isyah (2019-08-12). "Keunikan Mizwalah TaHa". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-15.