Syed Muradzi Syed Shamsul

Syed Muradzi bin Syed Shamsul atau Dee merupakan seorang pelakon, pengacara dan pelawak popular menerusi sitkom Jangan Ketawa bersama Allahyarham Moon.

Syed Muradzi Syed Shamsul
Kelahiran
Syed Muradzi bin Syed Shamsul

1962 (umur 61–62)
Nama lainDee
PekerjaanPelakon
Pengacara
Pelawak
Tahun aktif1986–Kini
IbuSharifah Noor Al-Hady
BapaSyed Shamsul Baharun

Penampilan beliau selalu berpakaian perempuan dan menceceh seperti perempuan. Dia mempopularkan diri dengan watak lelaki lembut sebagaimana Budin dalam sitkom Syyy.

Keluarga sunting

Bapanya Syed Shamsul Baharun, 86, dan ibunya Sharifah Noor Al-Hady, 84.

Pengacara sunting

Majlis Setiausaha dan badan korporat yang menjemputnya selalu mahukan dia menjadi pengacara berpakaian wanita. dia menggunakan teknik jenaka double meaning bagi memeriahkan suasana. Kini dia bergerak di bawah syarikatnya yang bernama 'Dee Showtime Entertainment'. Dee sudah pun meluaskan persembahannya ke Brunei, Indonesia, Perth dan Bangkok bersama 7 orang penari pengiring.

Dee akan peruntukkan di antara RM5 ribu hingga RM10 ribu untuk semua pakaian show terutam kostum filem Hindustan. Bidang pengacaraan lebih mudah dan tak banyak hassle berbanding dengan berlakon.[1]

Rujukan sunting