Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(Dilencongkan dari Tabung Kependudukan PBB)

Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) merupakan satu tabung antarabangsa untuk program kependudukan dan kesihatan pembiakan. Tabung ini dimulakan pada tahun 1969. Tabung ini melaksanakan program-program membantu orang muda di dunia:

  • merancang keluarga mereka dan mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki
  • bersalin
  • mencegah penyakit kelamin
  • mencegah keganasan terhadap wanita
  • menggalakkan persamaan hak wanita
Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kerangka
KependekanUNFPA
Jenis/bentuk sahPertubuhan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Status undang-undangAktif
Tapak webwww.unfpa.org
Facebook: UNFPA Twitter: UNFPA Instagram: unfpa Youtube: UC1MOaUuMyeBPHiIWr16tAgw Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1969
Pengurusan
KetuaDr. Natalia Kanem
GabunganSistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatNew York City, Amerika Syarikat
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Misi sunting

Menurut laman web rasmi UNFPA,

UNFPA merupakan agensi pembangunan antarabangsa yang menggalakkan hak setiap wanita, lelaki dan kanak-kanak menikmati kehidupan yang sihat dengan peluang yang sama dengan orang lain. UNFPA menyokong negara-negara dengan menggunakan data kependudukan sebagai asas dasar-dasar dan program-program mengurangkan kemiskinan dan menjamin setiap kehamilan adalah dikehendaki, setiap kelahiran anak adalah selamat, setiap pemuda adalah bebas daripada HIV/AIDS, dan setiap perempuan dan wanita dilayan dengan bermartabat dan berhormat.

Matlamat sunting

Dalam Persidangan Kependudukan dan Pembangunan Antarabangsa (ICPD) di Kaherah pada 1994, UNFPA telah menyenaraikan matlamat tersebut:

  • Akses setiap individu kepada perkhidmatan kesihatan pembiakan sebelum 2015
  • Akses pendidikan rendah untuk setiap individu dan mengurangkan jurang jantina dalam mendapat pendidikan sebelum 2015
  • Mengurangkan kematian ibu dalam bersalin dengan 75 peratus sebelum 2015
  • Mengurangkan kematian anak bayi
  • Meningkatkan jangka hayat
  • Mengurangkan kadar jangkitan HIV

Pautan Luar sunting