Tabung Pembangunan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Tabung Pembangunan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFEM) merupakan tabung PBB yang dimulakan pada 1976 untuk memberi bantuan kewangan dan teknikal kepada usaha memupuk kesamaan taraf wanita. UNIFEM juga merupakan suara wanita dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berperanan melobi PBB memntingkan hak wanita dalam menentukan dasar mereka.

UNIFEM mempunyai empat matlamat utama, iaitu:

  • mengurangkan kemiskinan dan penyisihan wanita
  • menghentikan keganasan terhadap wanita
  • mengurangkan jangkitan HIV/AIDS di kalangan wanita
  • menyokong kepimpinan wanita dalam urusan pentadbiran dan pemulihan pasca-perang

Pautan luar sunting