Taman Negara Lorentz

Taman Negara Lorentz (Jawi: تامن نݢارا لورنتز) merupakan sebuah taman negara yang terletak di provinsi Papua, Indonesia (di barat pulau New Guinea). Dengan keluasan 25,056 kilometer persegi (9,674 bt2), ia adalah taman negara terbesar di rantau Asia Tenggara. Pada tahun 1999, Taman Negara Lorentz diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Taman Negara Lorentz
IUCN Kategori II (Taman negara)
Peta taman negara
Taman Negara Lorentz is located in Bumi
Taman Negara Lorentz
Taman Negara Lorentz (Bumi)
LokasiIndonesia Provinsi Papua, Indonesia
Bandar raya terdekatWamena
Luas25,056 km²
Ditubuhkan1997
Badan pentadbirKementerian Perhutanan
Tapak Warisan Dunia1999
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebagai satu contoh biokepelbagaian di New Guinea, Lorentz adalah salah satu taman negara dengan ekologi yang paling pelbagai di dunia. Ia juga adalah satu-satunya kawasan rizab alam sekitar di rantau Asia Pasifik yang mengandungi tatasusunan altitud yang penuh dengan ekosistem iaitu kawasan laut, hutan bakau, hutan paya air tawar dan pasang surut, hutan hujan gunung dan tanah rendah, tundra alp, dan glasier khatulistiwa. Pada ketinggian 4,884 meter (16,024 ka), Gunung Puncak Jaya (dahulunya Piramid Carstensz) merupakan gunung tertinggi di dalam taman negara.

Pautan luar sunting