Tanah rizab kereta api Taiping - Kuala Sepetang

Tanah rizab kereta api Taiping - Kuala Sepetang sebahagian dari landasan kereta pi yang dibina oleh Residen British di Perak, Sir Hugh Low pada 1 Jun 1885. Landasan ini menghubungkan Taiping dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang). Pembinaan landasan itu bermula pada 1882 dengan melibatkan kos kira-kira RM37,000 (7,000 pound sterling).

Tanah rizab kereta api ini bernilai RM37 juta mengikut pasaran semasa dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Luasnya 94.5 hektar dan dihuni oleh 643 keluarga setinggan Cina , India dan Melayu . Tanah ini milik Keretapi Tanah Melayu tetapi tidak digunakan lagi sejak 1941. Di atasnya terdapat 131 unit bangunan kosong dan 12 bangunan rumah ibadat . Ia sebenarnya bukan lagi milik kerajaan negeri Perak.

Landasan kereta api ini ditutup berikutan keadaan jalan raya yang lebih baik selain penutupan lombong-lombong bijih timah di Taiping.

Sebelum ini rundingan telah dibuat bersama pihak Menteri Pengangkutan, Perbadanan Aset Keretapi (PAK) dan wakil Jabatan Peguam Negara. Tsanak rizab ini aset berharga kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan tidak harus dilepaskan begitu sahaja kepada para nelayan dan penduduk setinggan tersebut.Dr Zambry berjanji menyerahkan tanah rizab itu kepada penduduk yang telah lama tinggal di kawasan terbabit dan bukannya bertujuan komersial.[1]

Pada 27 Jan 2010, Jemaah Menteri bersetuju tanah rezab itu dilepaskan kepada Kerajaan Negeri Perak kerana tidak digunakan lagi untuk tujuan operasi kereta api sejak 1941.Dalam Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang 2009, kerajaan negeri berjanji kepada 300 penduduk Kuala Sepetang untuk menyelesaikan isu tanah itu. Barisan Nasional bersimpati dengan nasib majoriti mereka yang bekerja sebagai nelayan di Kuala Sepetang / Port Weld. Sebahagian penduduk membayar sewa tahunan kepada KTMB tetapi yang lain mendudukinya secara haram.

Setelah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berjaya menguasai negeri kerajaan negeri Perak dan menjadi Menteri Besar Perak , isu ini timbul semula. Selama ini Kerajaan negeri Perak tidak berkira jika tanah kerajaan negeri hendak didirikan sekolah, balai polis serta tujuan jabatan dan agensi kerajaan.Kerajaan negeri tidak mengenakan premium dan caj ikut pasaran semasa sebaliknya mengenakan kadar minimum sahaja kerana ia adalah kepentingan awam.

Sebagai perbandingan , kerajaan negeri Melaka membangunkan semula landasan kereta api dari Pelabuhan Melaka ke Pulau Sebang / Tampin untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Setakat ini kerajaan negeri Perak atau KTBM belum berhasrat membangunkannya semula sebagai tarikan pelancongan.


Tanah rizab landasan kereta api ini adalah sebahagian landasan kereta api pertama di Semenanjiung Malaysia. Residen British di Tanah Melayu membina landasan kereta api dari kawasan perlombongan bijih timah di Taiping dan Larut menuju ke kuala Sungai Larut di Kuala Sepetang. Bijih timah akan dianggkut ke Pulau Pinang dan seterusnya dieksport.

Pada 15 Mac 2010, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak dapat menerima tawaran RM37 juta oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat. Nilai tanah rizab itu tinggi tetapi kini diduduki oleh setinggan sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi (1941).[2]

Rujukan sunting