Tanda imalah dan tanda isymam

Tanda Imalah (Jawi: إماله) dan tanda Isymam (Jawi: إشمام) adalah antara tanda-tanda bacaan istimewa yang wujud di dalam al-Quran mashaf Uthmani. Kedua-dua tanda ini mempunyai bentuk seperti potong wajik[1][Note 1] berongga (◊).

Tanda-tanda ini hadir dua kali sahaja dalam al-Quran, iaitu:

  • tanda imalah yang hadir dalam Surah Hud, ayat 41[2] pada perkataan مَجْر۪ىٰهَا




  • tanda isymam yang hadir dalam Surah Yusuf, ayat 11[3] pada perkataan تَأْمَ۫نَّا.

Perbezaan antara tanda imalah dan tanda isymam adalah kedudukan tanda potong wajik berongga tersebut pada huruf dalam perkataan yang terlibat.


Tanda imalah sunting

Tanda potong wajik berongga berada di bawah huruf.[4] Bunyi imalah yang dihasilkan semasa mengaji ialah bunyi pertengahan di antara bunyi baris atas (fathah) dan bunyi baris bawah (kasrah).

Tanda isymam sunting

Tanda potong wajik berongga berada di atas huruf.[4] Kaedah bacaan terbahagi kepada raum (Jawi: روم) atau isymam.

Nota kaki sunting

  1. ^ Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan potong wajik ialah rhombus [1] ataupun lozenge (diamond) [2].


Rujukan sunting

  1. ^ "potong wajik - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 29 November 2012.
  2. ^ "Hud (11:41) - Tanzil Quran Navigator". Dicapai pada 29 November 2012.
  3. ^ "Yusuf (12:11) - Tanzil Quran Navigator". Dicapai pada 29 November 2012.
  4. ^ a b Yayasan Restu (2012). "Keterangan tanda-tanda bacaan di dalam Mushaf". Al-Qur'an Al-Karim dan Terjemahan Lafziyyah (Perkata) (dalam bahasa Arab-Melayu) (ed. 1). Selangor, Malaysia: Yayasan Restu. ISBN 9789675296062.CS1 maint: unrecognized language (link)


Pautan luar sunting