Tanda pos atau merek pos (postmark) merupakan cetakan (cop) yang dibuat ke atas surat, poskad dan bungkusan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran. Penandaan cop dilakukan oleh petugas di pejabat pos untuk membatalkan setem yang ditampal ke atas barangan pos tersebut.

Contoh-contoh tanda pos di beberapa negara termasuk Malaysia, Switzerland, Afrika Selatan, Indonesia, Jerman, Jepun, United Kingdom dan China.

Pada tanda pos tersebut terdapat nama tempat yang membuat tanda pos, serta tarikh pengecopan dibuat.