Tengku Muhammad Yusof Shah

Nama Penuh Tengku Muhammad Yusof Shah berserta gelaran rasmi ialah ; Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Darul Ehsan Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj P.J.K., S.S.A., S.S.I.S., D.K.II.

Tengku Muhammad Yusof Shah
Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Darul Ehsan
Tengku Aris Temenggong Selangor
Kemahkotaan23 Januari 1937
Keputeraan(1926-04-28)28 April 1926
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
Kemangkatan3 Januari 2018(2018-01-03) (umur 91)
Wad Diraja, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
Pemakaman3 Januari 2018
Makam Diraja Klang, Klang, Selangor
PasanganYM Raja Datin Setia Saidatul-Ezam binti Raja Kechil Besar Brig. Jeneral Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid (k.1953 - m.2014)
AnakandaYM Tengku Nariman
YM Tengku Molfi
YM Tengku Yasmin
YM Tengku Soraya
YM Tengku Zarina
YM Tengku Molek Nazarian
YM Tengku Zera
YM Tengku Farah YM Tengku Muhammad Sharifuddin
YM Tengku Muhammad Yakub
Nama penuh
Tengku Muhammad Yusof Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj
KerabatKerabat DiRaja Selangor
AyahandaSultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
BondaTengku Ampuan Fatimah binti Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah Al-Haj di puterakan pada (28 April 1928 - 3 Januari 2018) merupakan Tengku Aris Temenggong Selangor. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah berpangkat Nenda (Nenda Saudara) kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah merupakan putera ke 19 di antara 25 orang putera kepada Paduka Sri Sultan Selangor ke 5, iaitu Almarhum Paduka Sri Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad.

Almarhum merupakan antara Kerabat DiRaja yang tertua Selangor kerna masih mempunyai kekanda yang masih ada semasa kemangkatannya antaranya Y.A.M Tengku Nur Anuwar (93 tahun), Y.A.M Tengku Mahmud Shah Al-Haj (92 tahun) dan adindanya Y.A.M Tengku Abdul Murad Shah Al-Haj (89 Tahun). Namun Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah adalah Kerabat DiRaja tertua dikalangan yang bergelar.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah pernah diberikan kepercayaan dan amanah sebagai Jemaah Pemangku Raja Selangor ketika dibawah Pemerintahan Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah apakala DTYM Raja Muda Selangor - Tengku Idris Shah telah memulakan pelayaran mengelilingi dunia menggunakan kapal layar. Jemaah Pemangku Raja Selangor itu terdiri daripada Y.A.M Tengku Bendahara Selangor – Tengku Azman Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah, Y.D.M Engku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang – Raja Redzwa, Y.D.H Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, dan Mufti Kerajaan Negeri Selangor bagi menjalankan tugas-tugas Sultan Selangor yang mendapatkan rawatan jantung di Orlando Amerika Syarikat.

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah diputerakan pada 28 April 1926 dan dibesarkan di perkarangan Istana Mahkota Puri, Klang. Hasil perkongsian hidup Paduka Ayahandanya; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama suri negeri baginda iaitu Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Rahmatu’llah Shah. Kekanda dan adinda seibu yang lain adalah;

Y.A.M. Tengku To’ Puan Nur Sa’adah – 7 November 1922

Y.A.M. Tengku Nur Anwar – 16 February 1924

Y.A.M. Tengku Nur Asikhin @ Khaladiah – 1925

Y.A.M. Tengku Abdul Rahman – 5 September 1927

Pendidikan sunting

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Klang kemudian mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan seterusnya melanjutkan pelajaran di University College of the South West of England (Kini dikenali sebagai University of Exeter). Semasa melanjutkan pelajaran di England, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah di kenali sebagai JOE dalam kalangan rakannya yang lain. Antaranya ialah Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah semasa di England ialah Almarhum Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah Kaddasullah, Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, Almarhum KDYMM Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Shah Al-Haj Ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj, KDYMM Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dan rakan-rakan yang lain.

Minat sunting

Ketokohan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam hal ehwal keistanaan khususnya yang melibatkan adat istiadat dan sejarah negeri sering dijadikan tempat rujukan oleh pengamat sejarah dan pelajar-pelajar serta lain-lain pihak. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah amat menekankan bahawa sejarah itu perlu diceritakan tanpa perlu dipadam dan di manipulasi mahupun di tokok tambah. Sejarah tetap sejarah dan ianya perlu dibukukan tanpa rasa getar walaupun ianya sukar untuk ditelan mahupun diterima.

Ketokohan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam hal ehwal Adat Istiadat Selangor tidak dapat dinilai, bahkan tidak dapat diandaikan namun ianya semestinya terlalu luas sejak ianya memberikan khidmat dibawah dan menjaga kemuliaan Kebawah Duli-Duli Sultan, Yang di-Pertuan Negeri dan wilayah tanggungan Selangor di atas singgahsana takhta Kerajaan Negeri iaitu; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa, Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’Uddin Riayat Shah, Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Keperibadian yang dimiliki oleh Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah banyak mempunyai ciri-ciri dan jiwa almarhum paduka ayahandanya iaitu Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa khususnya yang melibatkan kesenian dan ketegasan dalam hal ehwal yang melibatkan adat istiadat.

Kerjaya sunting

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah memulakan kerjaya pada tahun 1953 di Pejabat Setiausaha Negeri Selangor dan pada tahun 1957 telah menyandang jawatan Sergeant At Arms Di Dewan Mesyuarat Undangan Persekutuan sehingga Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemudian dilantik menjadi Juruiring Pertama dan Setiausaha Sulit kepada Gabenor Negeri Pulau Pinang Y.B.M. Raja Sir Tun Uda bin Raja Muhammad yang merupakan Abang Iparnya.

Minat yang mendalam dalam pasukan keselamatan telah membawa Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah menyertai Pasukan Udara Sukarela Malaya di Pulau Pinang setelah lulus dalam Peperiksaan Kecekapan untuk latihan sebagai Juruterbang dan dilantik sebagai Pegawai interligence dalam pasukan tersebut. Kesungguhan yang mendalam membawa hasil apabila ditauliah sebagai salah seorang daripada 136 orang yang menerima Tauliah sebagai Pegawai Juruterbang dalam Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu sekitar tahun 1958.

Mengimbau cita-cita untuk menjadi seorang Juruterbang Kapal Terbang Perang dalam tahun 1947 dan kemudian ingin pergi ke England untuk masuk berkhidmat dengan Angakatan Udara Diraja di sana. Namun tidak mendapat perkenan dari bonda. Namun cita-cita tersebut menjadi nyata apabila Angkatan Udara DiRaja Persekutuan Tanah Melayu membuka pemohonan pegawai baru. Maka peluang tersebut segera direbut dan memujuk bondanya dan menerangkan cita-citanya dan pujukan tersebut telah diperkenankan. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah meletakkan jawatan dari perkhidmatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Gabenor Pulau Pinang dan masuk berkhidmat dalam Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu. Semasa didalam perkhidmatan telah dilantik menjadi Juruiring kepada Pegawai Pemerintah Angkatan Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu, Air Commodore N C Hyde (30 May 1958: Air Force Member Armed Forces Council, Malaya).

Mengimbau kembali penglibatan Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam majlis yang melibatkan Institusi DiRaja Selangor bermula sekitar 1937 semasa Istiadat Menjunjung Duli Keberangkatan Pulang Paduka Ayahandanya; Paduka Sri Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa dari England. Semasa Istiadat Kemahkotaan kekandanya; Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’Uddin Riayat Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah terlibat dalam membawa Mahkota bersama kekandanya; Y.A.M Tengku Seri Perdana DiRaja - Y.A.M Tengku Muhammad Uzab Shah. Demikian jua ketika Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan Anakanda saudaranya; Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah dipertanggungjawabkan sebagai Aide de camp [A.D.C.] @ Pengiring rapat yang mana pada ketika itu berkhidmat dalam Angkatan Udara Diraja Persekutuan.

Pada ketika istiadat pemasyhuran cucunda saudaranya; Paduka Sri Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah memainkan peranan yang penting dalam menyembahkan Keris Panjang Beruk Berayun. Penglibatan secara langsung Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah dalam hal ehwal keistanaan, adalah ketika pemerintahan Anakanda saudaranya; Paduka Sri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai D.Y.M.M. Sultan Selangor dan sehinggalah ke hari ini Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah memainkan peranan tersebut.

  • Penasihat Adat Istiadat DiRaja Selangor
  • Ahli Dewan DiRaja – Waris Yang Lain
  • Anak Raja Bergelar
  • Pengerusi Masjid Istana DiRaja, Istana Alam Shah, Klang

Pengurniaan gelaran Tengku Aris Temenggong Selangor sunting

Almarhum telah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor pada tahun 1937 di awal usia 11 tahun oleh Paduka Ayahanda; Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Sir’ Alauddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Mahkota Puri, Klang dan Istiadat ini disertai dengan kekanda dan adindanya yang lain serta Dato’ Kehormat.

Mengimbau sejarah pengurniaan gelaran Tengku Aris Temenggong Selangor ini telah dipilih dan dicadangkan sendiri oleh kekandanya iaitu Yang Teramat Mulia Tengku Kelana Jaya Putra - Tengku Musa Uddin ( D.Y.M.M. Paduka Sri Sultan Musa Ghiat’Uddin Riayat Shah, 1942 – 1945 ) selaku Ketua Adat Istiadat Diraja Selangor pada ketika itu. Sebelum penganugerahan gelaran ini berikan, Paduka kekandanya telah mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Fatimah untuk memohon limpah perkenan bagi mengurniakan gelaran ini kepada Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah.

Baginda menyandang gelaran selama 80 tahun sebagai Temenggong dan menjadikan baginda paling lama dalam sejarah negara. Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof merupakan Temenggong yang pertama di dalam Institusi Diraja Negeri Selangor semenjak terdirinya Kesultanan Negeri Selangor sekitar tahun 1743 setelah Raja Lumu dilantik sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), oleh ayahandanya iaitu Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga.

Perkahwinan Diraja sunting

Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah telah bersurikan Yang Mulia Tengku Puan Temenggong - Raja Datin Setia Saidatul-Ezam Binti Raja Kechil Besar Brigadier General [B] Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid pada tahun 1953 dengan diberikan geran sebanyak 1,000.00 dari Kerajaan Negeri sejajar dengan hak-hak sebagai seorang putera Sultan.

Majlis Perkahwinan DiRaja telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Istana Negara dan dihadiri oleh para kenamaan dan diketuai sendiri oleh kekandanya iaitu Paduka Sri Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’uddin Suleiman Shah. Hasil perkongsian hidup Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah bersama surinya, dikurniakan 10 putera puteri iaitu 2 putera dan 8 puteri iaitu;

1. Tengku Nariman

2. Tengku Molfi

3. Tengku Yasmin

4. Tengku Soraya

5. Tengku Zarinah

6. Raja Molek Nazarian

7. Tengku Zera

8. Tengku Farah

9. Tengku Mohd Sharifuddin

10. Tengku Mohd Yaacob

Mangkat sunting

Baginda mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor pada waktu pagi 3 Januari 2018 jam 11.15 pagi.[1] Jenazah sebelum itu tiba di Masjid Diraja Istana Alam Shah pada jam 1.30 tengah hari dari HTAR, kemudian dimandi, dikafan serta disembahyangkan selepas solat Asar pada jam 5 petang sebelum dibawa ke Makam Diraja Klang. Para kerabat diraja Selangor berkenan mencemar duli menziarahi majlis pemakaman baginda. Paduka cucunda saudara almarhum, Sultan Sharifuddin Idris Shah telah menyiram air bunga mawar ke atas pusara baginda.[2]

Kurniaan Darjah Kebesaran sunting

Gelaran dan dihormati sunting

  • 28 April 1926 - 23 Januari 1937 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Yusof Shah ibni Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah al-haj
  • 23 Januari 1937 - 3 Januari 2018 : Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Tengku Dato' Setia Muhammad Yusof Shah al-haj ibni Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Sulaiman Shah al-haj

Keturunan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Norzamira Che Noh (3 Januari 2018). "Nenda saudara Sultan Selangor mangkat". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2018.
  2. ^ Norzamira Che Noh (3 Januari 2018). "Jenazah Tengku Aris Temenggong Selangor selamat dimakamkan". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2018.

Pautan luar sunting

  • [1] Y.A.M. Tengku Aris Temenggong Selangor – Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah [28 April 1926 – 03 Jan 2018]]
Tengku Muhammad Yusof Shah
Istana Mahkota Puri, Klang, Selangor
Tarikh keputeraan: 28 April 1926 Tarikh kemangkatan: 3 Januari 2018
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran pemerintah
Susunan penggantian
Gelaran baharu Tengku Aris Temenggong Selangor
1937 - 2018
Kosong