Teriyaki (Jepun: 照り焼き, てりやき) adalah cara dalam masakan Jepun yang digril atau dipanggang atas kuali besi yang rata untuk memanggang dengan menggunakan sos teriyaki (tare (Jepun: タレ)). Sos tare dicampurkan daripada kicap, sake (atau mirin) dan gula pasir (atau madu)[1][2] dengan kadar 1:1:1. Campuran ini dipanaskan sehingga mencapai kepekatan diingini.[3]

Ayam dimasak dengan sos teriyaki.

Perkataan teriyaki berasal dari perkataan teri (Jepun: 照り) yang bermaksud "bersinar" (kerana mengandungi gula), dan perkataan yaki (Jepun: 焼き) iaitu "bakar" atau "panggang".[1] Kaedah memanggang ini diciptakan tukang-tukang masak Jepun pada tahun 1600-an.[3]

Bahan-bahan makanan yang akan dipanggang, dicelup dan diperap dengan sos teriyaki buat beberapa kali hingga betul-betul masak. Di Jepun, bahan yang banyak dipakai dalam masakan teriyaki adalah ikan yang yang banyak daging (tongkol, pelaling, trout, marlin), sedangkan masakan teriyaki di luar Jepun menggunakan pelbagai jenis daging (ayam, lembu, babi), sotong ataupun bahan daripada ubi konnyaku.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Edge, John T. (5 Januari 2010). "A City's Specialty, Japanese in Name Only". The New York Times. Dicapai pada 17 Disember 2022.
  2. ^ Hosking, Richard (1995). A Dictionary of Japanese Food. Tuttle. ISBN 9780804820424. OCLC 36569289.
  3. ^ a b "Teriyaki". TasteAtlas. n.d. Dicapai pada 17 Disember 2022.