Termistor (singkatan thermal resistor, "perintang suhu") adalah sejenis perintang yang daya lawan arusnya bergantung penuh kepada tahap suhu dikenakan, di mana suhu yang meninggi mengurangkan daya rintangnya.[1] Julat suhu yang mampu dijalankan pada perintang sebegini adalah antara −100 °C (173 K) dan 300 °C (573 K).

Perintang-perintang jenis ini dihasilkan daripada oksida logam jenis berserbuk.[2]

Jenis sunting

Termistor dibezakan lanjut kepada:[2]

  • Termistor pekali suhu negatif (Negative Temperature Coefficient, NTC): daya rintang menurun dengan menaiknya suhu persekitaran kerana pertambahan keterujaan elektron aliran (conduction electrons), sering digunakan sebagai penderia suhu.
  • Termistor pekali suhu positif (Positive Temperature Coefficient, PTC): daya rintang menaik sekadar dengan meningkatnya suhu, digunakan sebagai fius melindungi litar dari kemasukan arus berlebihan yang mampu merosakkan.

Rujukan sunting

  1. ^ Smith, Robert H. (1993). Machines and Inventions. Alexandria, Virginia, A.S: Time Life. m/s. 120. ISBN 0-8094-9704-2.
  2. ^ a b "What is a Thermistor? How do thermistors work?". EI Sensor Technologies (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Mei 2019.

Pautan luar sunting