Tetawak

Alat musik tradisi kaum etnik Jawa sejenis gong yang berasal daripada pulau Jawa

Tetawak (Jawi: تتاوق) merupakan sejenis gong yang biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia biasanya digandung berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama.

Tetawak anak

Ia biasanya digunakan sebagai mengiringi permainan teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang kulit Kelantan, Menora dan Main Puteri.