The Falling Man ("Orang Jatuh") ialah gambar foto seorang lelaki yang jatuh dari Menara Utara World Trade Center, yang diambil oleh Richard Drew, seorang jurugambar Associated Press, pada 9:41:15 pagi semasa kejadian serangan 11 September 2001 di Bandar Raya New York. Orang dalam gambar itu sampai hari ini masih belum dikenal pasti identitinya walaupun berkali-kali dicuba, tetapi yang nyata, dia merupakan salah seorang mangsa yang terperangkap di aras-aras teratas pencakar langit itu yang nampaknya memilih untuk terjun daripada mati dalam kebakaran dan asap. Seramai 200 orang terjun sampai mati pada hari itu;[1] tiada masa untuk mencari atau mengenal pasti siapa yang terpaksa menerjun sebelum keruntuhan menara-menara itu. Secara rasminya, semua kematian dalam serangan itu (kecuali perampas) didapati sebagai homisid (daripada bunuh diri).

The Falling Man

Jurugambar pernah menyatakan bahawa pernah dua kali atau lebih siaran akhbar yang mengulas gambar tersebut telah menerima kritikan yang bertimbun-timbun daripada pembaca yang tersinggung oleh gambar tersebut.[2] Berkenaan kepentingan sosial dan kebudayaan 'The Falling Man', ahli teologi Mark D. Thompson dari Kolej Teologi Moore berkata, "barangkalinya gambaran putus asa yang paling mengesankan pada awal abad ke-21 tidak didapati dalam seni lukis, sastera mahupun muzik popular, sebaliknya ditemui dalam sehelai gambar foto."[3]


Rujukan sunting

  1. ^ Cauchon, Dennis."Desperation forced a horrific decision". USA Today.
  2. ^ Howe, Peter (2001). "Richard Drew".The Digital Journalist.
  3. ^ Brian Rosner, penyunting (2008). "Luther on Despair". The Consolations of Theology. Wm. B. Eerdmans Publishing. m/s. 63. ISBN 978-0-8028-6040-8.

Catatan sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting