Tierra templada (Bahasa Sepanyol untuk tanah sederhana) ialah satu istilah pseudoklimatologi yang digunakan di Amerika Latin untuk merujuk kepada tempat-tempat yang terletak sama ada di dalam kawasan tropika yang mempunyai elevasi yang agak tinggi, atau yang terletak di luar daripada kawasan tropika astronomi, yang menyebabkan iklim yang seakan-akan lebih sejuk berbanding dengan apa yang ditemui di kawasan tanah pamah tropika, yakni satu zon yang dikenali sebagai tierra caliente.

Di negara-negara yang terletak berhampiran dengan khatulistiwa, tierra templada biasanya terletak pada altitud kira-kira 750 meter sehingga kira-kira 1,850 meter, altitud di mana tierra fria yang lebih sejuk bermula.[1][2][3][4] Nilai ambang ini meningkat dengan bertambahnya latitud. Ahli geografi Peru, Javier Pulgar Vidal, menggunakan altitud-altitud yang berikut:[5]

  • 1,000 m sebagai sempadan antara hutan hujan tropika dan hutan awan subtropika
  • 2,300 m sebagai penamat hutan awan subtropika (Yunga fluvial)
  • 3,500 m sebagai garis pokok
  • 4,800 m sebagai hujung Puna

Meskipun terjemahan perkataan ini, tierra templada tidak dianggap "sederhana" oleh ahli klimatologi kerana kebanyakan kawasan yang dikategorikan di bawah istilah ini mempunyai suhu purata melebihi 18 °C pada bulan-bulan yang paling sejuk. Oleh itu, ia dikelaskan di bawah iklim tropika mengikut skema-skema pengelasan iklim seperti yang dibangunkan oleh Vladimir Köppen. Di dalam skemanya, banyak kawasan yang beriklim tierra templada ditandakan sebagai Afb atau Awb, dengan b menyatakan yang bulan terpanas kawasan ini mempunyai suhu purata kira-kira 22 °C, bermaksud yang dalam kesemua dua belas bulan dalam setahun, kawasan ini mempunyai purata suhu di antara 18 °C dan 22 °C. Chinchiná, Colombia yang terletak pada altitud 1,360 m adalah satu contoh tempat yang akan dikelaskan sebagai Afb kerana ia menerima banyak hujan sepanjang tahun, manakala iklim di San José, Costa Rica yang terletak pada altitud 1,161 m pula dikelaskan sebagai Awb kerana pola turunan hujan di sini terdiri daripada satu musim panas yang lembap dan satu musim sejuk yang kering.

Di kawasan tierra templada, kopi ditanam secara meluas sebagai tanaman kontan, dan tanaman gandum dan jagung ditanam untuk tujuan sara hidup. Sebaliknya, di kawasan tierra caliente yang lebih panas, buah-buahan tropika banyak di kawasan ini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Brigitta Schütt (2005); Azonale Böden und Hochgebirgsböden
  2. ^ Zech, W. and Hintermaier-Erhard, G. (2002); Böden der Welt – Ein Bildatlas, Heidelberg, p. 98.
  3. ^ Christopher Salter, Joseph Hobbs, Jesse Wheeler and J. Trenton Kostbade (2005); Essentials of World Regional Geography 2nd Edition. NY: Harcourt Brace. p.464-465.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-11. Dicapai pada 2013-03-09.
  5. ^ Pulgar Vidal, Javier: Geografía del Perú; Las Ocho Regiones Naturales del Perú. Edit. Universo S.A., Lima 1979. First Edition (his dissertation of 1940): Las ocho regiones naturales del Perú, Boletín del Museo de historia natural „Javier Prado“, n° especial, Lima, 1941, 17, pp. 145-161.