Tiffany Trump

Anak keempat Presiden AS ke-45 Donald Trump

Tiffany Ariana Trump (lahir 13 Oktober 1993) ialah seorang kerani undang-undang, bekas penyanyi dan anak keempat kepada Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump.

Tiffany Trump
Tiffany Trump pada tahun 2018
Kelahiran
Tiffany Ariana Trump

(1993-10-13) 13 Oktober 1993 (umur 30)
West Palm Beach, Florida, AS
Warganegara Amerika Syarikat
Pendidikan
PekerjaanKerani undang-undang
PasanganMichael Boulos (kahwin 2022)
Ibu bapa
Saudara
Keluarga
  • Fred Trump (datuk)
  • Mary Anne MacLeod (nenek)
  • Frederick Trump (bapa datuk)
  • Elisabeth Marie Christ (ibu datuk)
  • Stanley Edward Maples (ayah ibu)
  • Lura Ann Locklear (emak ibu)

Beliau merupakan anak perempuan kepada Donald Trump dan Marla Maples.

Kehidupan peribadi sunting

Tiffany dilahirkan di West Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat dan dinamakan sebahagiannya daripada peruncit perhiasan mewah dan khusus Tiffany & Co.[1]

Tiffany telah dibesarkan oleh ibunya di California dan jauh daripada perhatian orang luar sepanjang masa sebelum beliau menjadi dewasa.[1]

Pada 12 November 2022, Tiffany telah berkahwin dengan Michael Boulos, majlis perkahwinan mereka berada di Mar-A-Lago, Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat.[2] [3]

Pendidikan sunting

Pada tahun 2016, Trump telah lulus dengan ijazah dalam sosiologi dari Universiti Pennsylvania, universiti ini juga di mana bapanya dapat ijazah ekonomi pada tahun 1968.[1]

Pada musim luruh 2017, Tiffany berjaya mendaftar masuk ke sekolah undang-undang di Universiti Georgetown.[4] [5]

Pada 18 Mei 2020, Tiffany telah lulus dari sekolah undang-undang Universiti Georgetown di tengah-tengah pandemik koronavirus.[1]

Diskografi sunting

Tiffany telah menyanyikan dua lagu original selepas lulus dari Universiti Pennsylvania dan sebelum belajar di Universiti Georgetown

  • "Like A Bird" dikeluarkan pada 16 Mei 2016 [6]
  • "Paranoid" dikeluarkan pada 06 Jun 2016 [7]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Laman web rasmi