Tomorrow Victory (Hangul: 내일도 승리 / RR: Naeildo Seungri) adalah sebuah drama yang disiarkan di MBC pada tahun 2015 bagi menggantikan drama siri Eve's Love dan diikuti Good Person.

Tomorrow Victory
Juga dikenali sebagai
Another Victory For Tomorrow
Genre
Ditulis olehHong Seung-hee
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod130
Penyiaran
Saluran asalMBC
Siaran asal2 November 2015 (2015-11-02) – 26 April 2016 (2016-04-26)
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Han Seung-ri (Jeon So-min), anak seorang pengasas kicap ditinggalkan oleh suaminya Cha Sun-woo (Choi Philip) untuk mengahwini bekas teman wanitanya, Seo Jae-kyung (Yoo Ho-rin). Jae-kyung merupakan anak gadis kepada hartawan yang kaya raya dan terkenal, Seo Dong-chun (Han Jin-hee). Setelah kematian ayahnya, Seung-ri terpaksa bekerja keras untuk mengambil alih perniagaan ayahnya itu. Apabila mengetahui bahawa ayahnya mati dibunuh, Seung-ri bertekad untuk mencari pembunuh sebenar ayahnya. Setelah bercerai dengan Seung-ri, Sun-woo kemudian mengahwini Jae-kyung disebabkan dia ingin merampas harta dan syarikat keluarga Jae-kyung.

Dong-chun yang mengetahui niat Sun-woo itu mencuba untuk menghalang menantunya itu daripada mencapai niatnya namun bukan mudah apabila Sun-woo sentiasa mempunyai rancangan yang licik untuk menjatuhkan bapa mertuanya itu. Disebabkan Sun-woo, Dong-chun kini meringkuk kedalam penjara sehingga koma. Setelah mengetahui bahwa Sun-woo adalah penyebab kematian ayahnya, Seung-ri kemudian bekerjasama dengan Na Hong-joo (Song Won-geun). Mereka mula mendekati Jae-kyung dan mendedahkan kejahatan Sun-woo kepada Jae-kyung. Namun pada mulanya Jae-kyung tidak mempercayai kata-kata Seung-ri kerana dia beranggapan bahawa Seung-ri cemburukan hubungan mereka dan sengaja ingin memburuk-burukkan Sun-woo.

Namun segalanya terbongkar apabila Dong-chun telah sedar daripada koma. Dong-chun kemudian memberitahu Jae-kyung bahawa Sun-woo adalah punca dirinya meringkuk di penjara. Jae-kyung yang terkejut dengan penjelasan ayahnya itu lalu dia menceraikan Sun-woo. Seung-ri akhirnya menyerahkan segala bukti kejahatan Sun-woo kepada pihak polis dan Sun-woo akhirnya diberkas.

Pelakon sunting

Watak utama sunting


Watak pembantu sunting

Keluarga Han Seung-ri sunting

Keluarga Na Hong-joo sunting

Keluarga Cha Sun-woo sunting

Keluarga Seo Jae-kyung sunting


Watak tambahan sunting

Rujukan sunting