Tugasan Patrol Atlantik

Pasukan Petugas Patrol Atlantik adalah satu program pengerahan tugasan kapal Tentera Laut Diraja British. Program ini mempunyai dua bahagian, Tugasan Patrol Atlantik (Utara) dan Tugasan Patrol Atlantik (Selatan).

Dalam bulan Disember 2006, HMS Lancaster ditugaskan dan dibantu oleh RFA Wave Ruler

Tugasan Patrol Atlantik (Utara)

Tugasan ini adalah sumbangan united kingdom di kawasan Atlantik Utara dan kawasan Caribbean. Program ini bertujuan meneruskan kehadiran tentera United kingdom, khususnya kepada negara-negara sekutu, negara Komanwel dan juga negara-negara bersahabat di kawasan Atlantik Utara dan kawasan Caribbean. Program ini juga adalah untuk mempertahankan kepentingan British di kawasan tersebut.

Pengerahan ini juga memberikan sumbangan besar dalam pembanterasan seludupan dadah dan juga dalam usaha-usaha bantuan kemanusiaan semasa bencana.

Tugasan Patrol Atlantik (Utara) biasanya dilaksanakan oleh sebuah kapal tentera laut ataupun kapal bantuan tentera laut (Royal Fleet Auxiliary) semasa musim hurikan dari bulan Mei hingga November. Mulai tahun 2007, sebuah kapal perang dan sebuah kapal bantuan tentera laut akan ditugaskan selama 12 bulan untuk program ini. Dalam bulan Disember 2006, HMS Lancaster merupakan kapal yang ditugaskan untuk engerahan ini dan dibantu oleh kapal bantuan RFA Wave Ruler. [1]

Tugasan Patrol Atlantik (Selatan)

Penempatan ini membolehkan Britain menunjukkan kehadiran tentera di kawasan Atlantik Selatan dan Afrika Barat. Pasukan ini terdiri dari sebuah kapal perang dan sebuah kapal bantuan tentera laut. Patrol ini ditugaskan membantu menjaga kedaulatan Britain ke atas Kepulauan Falkland dan kepulauan Georgia Selatan. Patrol ini juga membantu unit-unit tentera British di kawasan berkenaan. Pada 1 Disember 2006, HMS Edinburgh menjalankan tuagsan ini dibantu oleh RFA Gold Rover. HMS Dumbarton Castle pula menjadi kapal patrol kepulauan Falkland. [2]

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting