Tuntul, siput skru atau siput germit (nama saintifik: Turritella duplicata)[2] ialah sejenis moluska gastropoda dalam keluarga Turritellidae.[1] Siput ini hidup di kawasan air payau, sungai, laut dan paya bakau kawasan sekitar daerah pantai timur negeri Sabah, Borneo terutamanya di Membakut, Beaufort dan Kuala Penyu.[3]

Tuntul
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
(tanpa pangkat):
Superkeluarga:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
T. duplicata
Nama binomial
Turritella duplicata
(Linnaeus, 1758)
Sinonim[1]
  • Turbo duplicatus Linnaeus, 1758
  • Turbo replicatus Linnaeus, 1758
  • Turritella (Zaria) duplicata (Linnaeus, 1758) (alternate representation)

Ciri sunting

Ia dibezakan dari siput sedut dari segi panjang cengkerangnya yang mampu tumbuh sehingga 12 sentimeter. Cengkerang ini berhujung tajam dengan permukaan licin dan dinampakkan berjalur hitam pekat dan tebal.[3]

Sebagai sumber makanan sunting

Siput ini ada sepanjang musim, ia tetapi sering ditangkap pada tempoh antara Disember hingga Mac berikutan angin kuat serta ombak besar yang melanda pantai-pantai dan melambung siput-siput ini terdampar di tepi pantai. Siput ini boleh dimasak kicap, lemak cili api dan sebagainya.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Turritella duplicata (Linnaeus, 1758).  Dicapai melalui: World Register of Marine Species pada 17 May 2010.
  2. ^ "Southeast Asia Mollusca". Talk About Fish. Dicapai pada 18 September 2021.
  3. ^ a b c Mohd Nazllie Zainul (3 Februari 2016). "Keenakan menyedut siput tuntul". Berita Harian.

Pautan luar sunting