Tyersall Park merupakan suatu estet bersejarah di tengah pulau Singapura terletak antara Jalan Holland dan Lebuh Tyersall berhampiran Kebun Bunga Singapura; ia pernah menempatkan dua kediaman bersejarah iaitu Istana Tyersall dan Istana Woodneuk.

Tyersall Park
Pemandangan Tyersall – s.1910
JenisHistorical landmark
LokasiSingapura
Bandar terdekatTanglin, Singapura
Koordinat1°18′44″N 103°48′40″E / 1.3122°N 103.8111°E / 1.3122; 103.8111Koordinat: 1°18′44″N 103°48′40″E / 1.3122°N 103.8111°E / 1.3122; 103.8111
Luas24.4 hektar (60 ekar) (mid-1800s–2009)
Ditubuhkan padamid-1800s
Dibina padamid-1800s
BDibina untuk
Diruntuhkan padaTyersall House: 1890
Woodneuk House: 1932
Istana Tyersall: 1935
ArkitekDatuk Yahya bin Awaluddin: Istana Tyersall (1892)
Denis Santry: Istana Woodneuk (1935)
Pemilik Johor (1862–kini)
 Singapura (1990–kini)
Tyersall Park is located in Bumi
Tyersall Park
Tyersall Park (Bumi)

Estet ini pernah dimiliki secara persendirian oleh kerajaan negeri Johor ketika ia masih sebuah kesultanan dari tahun 1862 sebelum sebahagian tanahnya diperolehi beransur-ansur oleh Pemerintah Singapura pada tahun-tahun 1990 dan 2009. Tunku Ismail Idris iaitu Tunku Mahkota Johor adalah pemilik tanah berdaftar terkini di estet ini setakat 2019.[1] Pakar hartanah Singapura menganggarkan aset hartanah di sini mencapai harga tinggi sekurang-kurangnya SGD 4.7 bilion.[1]

Ia merupakan kawasan larangan yang diwartakan sebagai suatu "ruang hijau guna khas" (special use of green space) melarang sebarang pembangunan kediaman dan komersial di sana.[1] Sebahagian kawasan ini telah dijadikan lanjutan Kebun Bunga Negara disebut terutamanya sebagai Hutan Pembelajaran (Learning Forest) pada Mac tahun 2017.[2]

Sejarah sunting

Pertapakan sunting

Taman ini pada awalnya wujud sebagai estet-estet Woodneuk dan Tyersall yang berasingan di Tanglin masing-masing dimiliki oleh Kapten John Dill Ross, pedagang Inggeris,[3] dan William Napier, seorang peguam yang kemudiannya bakal Gabenor Labuan.[4]

Pembelian oleh Temenggong Abu Bakar sunting

Estat ini dibeli oleh Temenggong Abu Bakar pada akhir tahun 1850-an. Baginda menjadikan tanah tersebut semayaman baginda setelah berpindah dari Teluk Belanga setelah ditabalkan menggantikan almarhum ayahandanya pada tahun 1862. Kediaman Woodneuk House dijadikan persemayaman rasmi baginda[5][6] yang tetap kekal apabila ditabalkan lanjut bertahun-tahun sebagai Maharaja dan kemudiannya Sultan negeri Johor. Pada tahun 1890, baginda sultan memerintahkan perobohan tapak rumah Napier untuk membangunkan istananya di sana.[7]

Talian telefon pertama yang wujud di Singapura dicatatkan pada 21 Mei 1883 terpasang beroperasi antara Rumah Tyersall dan Istana Woodneuk oleh Oriental Telephone Company.[8]

Zaman Sultan Ibrahim sunting

Wasiat titah baginda sultan dibuat pada 14 April 1895 menurunkan Istana Woodneuk diwariskan kepada isteri keempatnya, Sultana Khadijah manakala seluruh pekarangan istana dijadikan hak milik Negeri Johor. Sultan mengadakan majlis resepsi terakhirnya di istana pada 15 April 1895,[9][10] sebelum baginda berangkat ke Eropah menaiki kapal pos Pekin kepada 23 April 1895.[11] Sejurus selepas Sultan Abu Bakar mangkat gering radang peparu di Kensington Selatan, London pada 4 Jun tahun sama,[12] pekarangan Tyersall dan premisnya segera diserahkan kepada puteranya Tengku Ibrahim yang ditabalkan sebagai Sultan pada November 1895.

Pada tahun 1939, Sultan Ibrahim mengizinkan sebahagian pekarangan Tyersall digunakan Tentera India British sebagai kawasan kem menempatkan banyak kenderaan dan kelengkapan bersedia menghadapi Perang Dunia Kedua yang mula-mula meletus.[13]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Tyersall Park site worth S$4.7b – if it can be sold". The Business Times (dalam bahasa Inggeris). 22 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2019. Dicapai pada 22 Mac 2019.
  2. ^ Kimberley, Wang (30 March 2017). "PM Lee Hsien Loong officially opens Singapore Botanic Gardens Learning Forest" (PDF).
  3. ^ "John Dill Ross, merchant". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2018. Dicapai pada 14 August 2018.
  4. ^ "THE HEART OF THE LION CITY". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2018. Dicapai pada 14 August 2018.
  5. ^ "Singapore – Sheet 5/35 (Orchard, Tanglin, Holland)". nas.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2017. Dicapai pada 27 Disember 2017.
  6. ^ "Singapore. Instrumental Plot – Tanglin and Holland". www.nas.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2017. Dicapai pada 19 December 2017.
  7. ^ "The New Singapore Residence of H. H. the Sultan of Johore". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2018. Dicapai pada 15 August 2018.
  8. ^ "Untitled". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2018. Dicapai pada 15 August 2018.
  9. ^ "THE SULTAN'S RECEPTION AT TYERSALL". eresources.nlb.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2019. Dicapai pada 21 March 2019.
  10. ^ "JOHORE". eresources.nlb.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2019. Dicapai pada 21 Mac 2019.
  11. ^ "DEPARTURE OF THE SULTAN OF JOHORE". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2018. Dicapai pada 15 August 2018.
  12. ^ "The Sultan of Johore". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2018. Dicapai pada 15 August 2018.
  13. ^ "Singapore Indian Troops Live In Sultan's Park". nlb.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2018. Dicapai pada 27 January 2018.